KHS sasar 200 pelajar sertai seminar peperiksaan

KHS sasar 200 pelajar sertai seminar peperiksaan

Kelab Harmoni Selangor (KHS) akan mengadakan Seminar Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 25 September bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),Seksyen 19, di sini.

seminar pendidikan KHS yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan menggalakkkan daripada pelajar

Kelab Harmoni Selangor (KHS) akan mengadakan Seminar Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 25 September bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),Seksyen 19, di sini.

Presiden KHS, Dr V Sunder berkata,pihaknya mensasarkan seramai 200 peserta dan keutamaan kepada pelajar yang berpendapatan rendah serta tiada sebarang yuran dikenakan kepada mereka.

Menurutnya, lima subjek teras akan diajar dan pihaknya menasihatkan agar pelajar yang berminat untuk mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah kerana program itu dijangka mendapat sambutan kelak.

“Program yang diadakan ini adalah aktiviti pendidikan kedua kita jalankan selepas Seminar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan lalu yang mendapat sambutan menggalakkan khususnya pelajar kawasan ini.

See also  World-class cybersecurity centre opens in Kuala Lumpur

“Malah saya jangkakan seminar ini bakal mendapat sambutan sama berikutan reaksi positif daripada pihak sekolah yang turut membantu dalam mengenalpasti pelajar yang berpotensi untuk menyertai seminar ini,” katanya.

Menurutnya, seminar yang diadakan itu bertujuan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan di kalangan pelajar terutama mereka yang berprestasi rendah bagi menghadapi PMR nanti.

Sunder berkata, bagi sesiapa yang berminat,bolehlah menghubungi 03-51223390 atau Pengerusi Biro Pendidikan,Mohd Jamal abdul Mois di talian 017-2245365 untuk pendaftaran sebelum 19 September itu.