Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Hari Raya

Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan percuma sempena Hari Raya

Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian bermula dari 22 Ogos hingga 26 Ogos sempena Aidilfitri ini.

Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada pemilik kereta persendirian bermula dari 22 Ogos hingga 26 Ogos sempena Aidilfitri ini.

Puspakom dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan sukarela secara percuma itu disediakan di semua cawangan Puspakom seluruh negara.

“Pemeriksaan percuma itu merangkumi ujian pengeluaran asap, brek, gelincir sisi dan sebagainya yang akan dijalankan oleh Pemeriksa Kenderaan Puspakom yang bertauliah,” katanya.

Pemeriksaan itu merupakan satu daripada komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usahanya untuk memastikan kenderaan berada di tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui talian bebas tol PUSPAKOM 1-800-88-6927 atau melayari www.puspakom.com.my

– Bernama

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns