Kembara@backpacker: Keretapi VS Bas

Kembara@backpacker: Keretapi VS Bas

Dalam dunia traveling, pengangkutan adalah perkara wajib yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan langkah ke destinasi yang mahu dituju. Jadi, mana satu pilihan anda?

Dalam dunia traveling, pengangkutan adalah perkara wajib yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan langkah ke destinasi yang mahu dituju.

Tidak kira pengangkutan awam mahupun pengangkutan persendirian, melalui jalan darat atau pun jalan udara, kesemua ini memerlukan pertimbangan.

Dalam memilih perjalanan darat dengan menggunakan pengangkutan awam, bas dan keretapi yang biasanya menjadi pilihan.

Namun yang mana lebih menepati dengan kehendak kita, yang ingin travel sebagai backpaker atau sebagai kebanyakan pelancong yang biasa kita lihat.

Perjalanan dengan keretapi

Tiket keretapi selalunya lebih murah berbanding bas. Bagaimanapun ia bergantung kepada kelas-kelas yang disediakan syarikat keretapi.

Kalau kelas ekonomi, harganya memang murah. Kelas kedua, adakalanya lebih kurang sahaja dengan harga menaiki bas. Kelas pertama tak payah kata, sah-sah mahal!

Namun ia bergantung kepada kita dalam memilih keselesaan. Nak lebih selesa, maka duit pun kenalah keluar lebih.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Keretapi menyediakan kemudahan seperti tandas dan kafe. Penumpang bebas bergerak di dalam gerabak.

Berbanding dengan bas, penumpang akan terus duduk di kerusi mereka sehinggalah bas tiba di lokasi.

Biasanya lampu di dalam gerabak tidak akan ditutup, jadi penumpang bebas melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaca, bermain terup, bermain UNO dan sebagainya.

Tapi berbeza dengan bas, bas bergerak sahaja lampu terus akan ditutup. Penumpang langsung tak boleh melakukan apa-apa selain terus melelapkan mata.

Penumpang keretapi akan memperolehi pengalaman berbeza kerana kebanyakan kawasan-kawasan yang dilalui hanya akan dapat diakses melalui keretapi sahaja.

Menurut statistik, peratus kemalangan yang dialami keretapi lebih sedikit berbanding dengan kemalangan bas (jalan raya).

Paling menarik, dengan keretapi kita dapat mengenali dengan lebih dekat sosio-budaya masyarakat tempatan di tempat-tempat yang kita lalui.

Perjalanan dengan bas

Pic credit to hardfever.com

Waktu perjalanan bas ke sesuatu tempat lebih banyak berbanding keretapi yang dalam sehari hanya membuat satu perjalanan sahaja.

See also  AirAsia resumes Vientiane route, connects all Asean nations

Dengan bas, penumpang boleh memilih waktu yang sesuai dengan keperluan masa mereka, tidak perlu terkejar-kejar dan tidak perlu menunggu terlalu lama.

Pergerakan dengan bas lebih laju dan akan tiba terus di lokasi yang kita mahu pergi. Berbeza dengan keretapi, pergerakannya lebih lambat dan tidak semua tempat mempunyai stesen keretapi.

Dari segi keselesaan, suasana di dalam bas adalah lebih baik. Di dalam keretapi, suasananya agak tidak nyaman tambah-tambah kalau kita memilih kelas ekonomi.

Dengan bas, kita boleh berhenti di mana sahaja kecuali di lebuhraya dengan budi bicara pemandu bas.

Harga tiket? Bergantung kepada destinasi yang kita mahu pergi. Tetapi kebanyakannya harga tiket bas lebih mahal berbanding dengan keretapi.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?