Lima aktiviti lasak yang patut anda cuba di Selangor!

Lima aktiviti lasak yang patut anda cuba di Selangor!

Kepada penggemar sukan lasak atau extreme, ada lima lokasi menarik di Selangor boleh anda kunjungi antaranya di Bukit Jugra menjadi salah satu lokasi rasmi untuk kejohanan sukan paraluncur dunia.

Paraluncur (paragliding)
Lokasi: Bukit Jugra

Paraluncur merupakan salah satu sukan udara yang popular di Malaysia. Sukan luncur udara ini mula bertapak di Malaysia sejak awal 90-an lagi. Bukit Jugra menjadi salah satu lokasi rasmi untuk kejohanan sukan paraluncur dunia.

Untuk meluncur di udara dengan paraluncur, anda perlu memiliki lesen khas yang boleh di perolehi dengan bayaran sekitar RM3,570 seorang.

Namun jika sekadar mahu mengalami pengalaman terbang diudara, perkhidmatan tandem paramotor turut disediakan dengan bayaran sekitar RM300 seorang untuk selama 20 minit. Tandem paraluncur adalah penerbangan bersama antara anda dan seorang instruktur bertauliah.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web ini atau ini.

2. Paramotor

Lokasi: Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Paramotor adalah gabungan paraluncur (paraglider) dengan sebuah motor kecil 2 lejang (seberat 25-35kg dengan kuasa 150-200cc) yang memutarkan kipas yang disandang di belakang badan anda.
Untuk mengemudi paramotor, anda perlu mendapatkan lesen. Lesen boleh diperolehi dengan bayaran sekitar RM3,500 seorang.

Anda juga boleh menggunakan pakej tandem paramotor iaitu terbang bersama instruktur dengan bayaran sekitar RM290 seorang untuk selama 15 hingga 20 minit.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win

Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke laman web ini atau ini.

3. White water rafting

Lokasi: Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu

Bagi yang meminati sukan air, white water rafting adalah cadangan baik untuk memenuhi masa lapang anda.

Sungai Selangor merupakan antara lokasi terbaik white water rafting dengan menawarkan jeram Gred1 hingga Gred4 dengan dengan jarak sejauh tujuh kilometer.

Bayaran dikenakan adalah dari RM150 hingga RM235 seorang dengan minimum lima orang bagi satu kumpulan.

Klik sini atau sini untuk keterangan lanjut.

4. Rock climbing / abseiling

Lokasi: Gua Damai, Batu Caves

Puas memanjat tembok tiruan, apa kata kita ke Gua Damai, Batu Caves pula untuk cabaran memanjat tembok batu sebenar.

Bayaran dikenakan untuk memanjat cuma RM150 seorang untuk saiz kumpulan minimum dua orang selama setengah hari bermula jam 9.30 pagi hingga 1 petang bagi sesi pertama dan 2 hingga 5.30 petang bagi sesi kedua.

See also  Langkawi International Airport receives prestigious ACI Award

Untuk abseiling pula, bayaran RM120 seorang dikenakan untuk saiz kumpulan minimum enam orang bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 petang bagi sesi pertama dan dari jam 2 hingga lima petang bagi sesi kedua.

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini atau sini.

5. Zorb ball / SphereCraze

Lokasi: Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang.

Zorb ball atau di Malaysia dikenali sebagai SphereCraze, merupakan satu lagi aktiviti lasak yang boleh meningkatkan adrenalin anda. Aktiviti ini masih belum begitu popular tetapi ia menjanjikan pengalaman begitu menyeronokkan dan mendebarkan.

SphereCraze adalah bola plastik anjal yang boleh dimuatkan maksimum 2 orang di dalamnya, bergantung pada berat badan (160kg).

Anda boleh memilih sama ada mahu yang kering atau basah. Jika basah, air akan dimasukkan ke dalam bola tersebut bersama-sama anda dan ini menambahkan lagi cabaran dan keseronokan ketika bola berguling.

Untuk mengetahui pakej-pakej yang disediakan, anda boleh rujuk di sini.