Bunyi tembakan senjata api disangka mercun

Bunyi tembakan senjata api disangka mercun

Seorang lelaki yang menyangka bunyi letupan yang didengarnya awal pagi ini adalah mercun terkejut apabila mendapati pintu rumah, kereta dan pagar rumahnya ditembusi peluru dari tembakan senjata api, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata lelaki berumur 54 tahun itu yang merupakan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak menghiraukan bunyi letupan yang didengarnya kerana menyangka ia bunyi orang bermain mercun di hadapan rumahnya di Taman Pegaga, kira-kira pukul 3 pagi.

Beliau berkata semasa keluar dari rumah kira-kira 6.30 pagi ini beliau terperanjat apabila mendapati beberapa kesan tembakan dikesan di pintu utama rumahnya, di bonet dan belakang kereta Toyota Altis, di pintu pagar rumah dan
bahagian tepi rumah.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

Menurutnya sepasukan anggota polis bergegas ke rumah lelaki itu selepas menerima laporan, dan siasatan awal mendapati terdapat sembilan kesan peluru pada beberapa bahagian rumah dan kereta lelaki itu.

Chin seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis atau Ibu Pejabat Polis Kulim dengan menelefon 04-4906222.

– Bernama