Gangguan bekalan air sementara di Wilayah Petaling dan Hulu Selangor

Gangguan bekalan air sementara di Wilayah Petaling dan Hulu Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja- kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syabas.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Petaling dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara disebabkan kerja- kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh kontraktor Syabas.

Berikut merupakan tarikh pelaksanaan kerja yang akan dijalankan mengikut jadual:

Tarikh/Masa Gangguan
22 Ogos 2011 (Isnin) 11.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya

23 Ogos 2011 (Selasa).

Sebab
Kerja-kerja memasang Sluice Valve bersaiz 300mm untuk menyahfungsi sebahagian jajaran paip 300mm di Tapak Pembangunan Setiawalk, Bandar Puchong Jaya.

Kawasan terlibat

Wilayah Petaling
Jalan Bandar 3 hingga Jalan Bandar 18, Pusat Bandar Puchong

Tarikh/Masa Gangguan
22 Ogos 2011 (Isnin) 10.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya
23 Ogos 2011 (Selasa).

Sebab
Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip 600mm di Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) di Jalan Templer, Rawang.

Kawasan terlibat
Wilayah Hulu Selangor
Taman Kancing Jaya; Taman Tun Perak Rawang; Taman Tun Teja; Taman Jati/ PKNS Batu 17; Rawang Batu 16 dan Taman Rawang Perdana.

Wilayah Gombak
Taman Amansiara.

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pihak Syabas berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/ pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ‘facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.