Tabung amal MPK terima sambutan

Tabung amal MPK terima sambutan

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata tabung amal yang dilancarkan itu akan dilanjutkan sehingga 15 Ogos depan dan orang ramai dialu-alukan untuk menderma bagi tujuan itu.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) kini sedang mengadakan Tabung Amal MPK Prihatin sempena Ramadan bagi membantu golongan tidak berkemampuan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata  tabung amal yang dilancarkan itu akan dilanjutkan sehingga 15 Ogos depan dan orang ramai dialu-alukan untuk menderma bagi tujuan itu.

Menurutnya tabung itu juga adalah salah satu program prihatin yang dijalankan selaras dengan konsep MPK Prihatin yang menjadi amalan majlis di situ.

“Majlis menyediakan tabung derma berkenaan di Lobi MPK bagi memudahkan orang ramai yang datang berurusan di sini dapat menyalurkan keprihatinan mereka kelak.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

“Malah sambutan yang diterima cukup menggalakkan bukan sahaja daripada penduduk setempat malah kakitangan di sini juga begitu prihatin melalui sumbangan yang diberikan,” katanya.

Norfiza berkata sumbangan itu juga akan turut disertai ahli-ahli majlis yang akan turut hadir bagi menyerahkan derma terkumpul untuk keluarga yang terpilih.

Menurutnya mereka yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi urusetia di Talian Prihatin 1 800 88 23826 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai tabung berkenaan.