Pulau Pinang dilanda banjir kilat

GEORGE TOWN – Penduduk di sekitar kawasan terjejas masih sibuk membersihkan rumah mereka akibat lumpur yang terhasil daripada banjir kilat.

Kawasan yang ditenggelami air di tengah tengah Datuk Keramat berhampiran Sungai Pinang
Paras air Sungai Pinang yang masih berisiko tinggi
Penduduk berhampiran yang sedang menyelamatkan isterinya yang mengandung

Hujan lebat selama empat jam telah menyebabkan kawasan sekitar George Town dilanda bajir kilat yang teruk.

Menurut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, jumlah air hujan paling tinggi dicatatkan adalah di Bukit Bendera sebanyak 168mm. Manakala kawasan Sungai Air Terjun dan Kolam Air Hitam mencatatkan bacaan lebih daripada 100 mm.

Catatan hujan sebanyak 60 mm adalah berisiko tinggi, yang boleh mengakibatkan banjir.

Rata-rata penduduk di sekitar kawasan terjejas masih sibuk membersihkan rumah mereka akibat lumpur yang terhasil daripada banjir kilat itu.

Setakat pukul 3 petang hari ini Sungai Pinang di Georgetown masih dipenuhi air walaupun banjir kilat sudah surut.

Salah seorang penduduk yang terjejas sedang membersihkan persekitaran rumahnya
Rumah yang ditenggelami air akibat banjir kilat
Mangsa banjir kilat sedang membersihkan rumah

CJMY sempat menemuramah mangsa banjir Nazri Hussain di mana rumah ibunya terletak  di tengah kawasan banjir kilat tersebut.

Rumah ibu beliau yang terletak berhampiran sungai utama iaitu Sungai Pinang terjejas teruk akibat banjir itu.

Menurut beliau, pada jam 9.00 pagi air banjir berada pada aras pinggang dan hampir kesemua perkakas di rumah ibunya tenggelam.

Beliau yang bermaustatin di Kulim bergegas pulang ke Pulau Pinang pagi tadi untuk menolong menyelamatkan apa saja yang mampu dari rumah ibunya.

Bila ditanya tentang jangkaan kerugian, Nazri memberitahu kerugian di rumah ibunya sahaja dianggarkan kira kira dua ribu ringgit ke tiga ribu ringgit.

Perkakas rumah seperti peti ais , televisyen dan juga kabinet dapur antaranya habis musnah ditenggelami air.

Beliau juga memaklumkan kepada CJMY bahawa setakat jam 3 petang tadi masih tiada bantuan yang disalurkan.

Bantuan yang mereka perolehi setakat ini hanyalah makanan berupa nasi bungkus.

Nazri Hussain bersama anak saudaranya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut e-mel yang dihantar dari Pejabat Ketua Menteri kepada CJMY tengahari tadi , Ketua Menteri telah mengarahkan ahli ahli EXCO untuk turun padang ke kawasan banjir untuk memantau kawasan bencana.

Menurut sumber dari Pejabat Ketua Menteri, 4 kontraktor telah pun dipanggil untuk kerja-kerja kecemasan membersihkan sungai dan kawasan bencana akibat hujan lebat pagi ini.

Kontraktor kontraktor yang dipanggil oleh JPS ialah Syarikat Malinaz untuk Sungai Pinang serta Map & Ammar untuk Kampung Masjid dan di depan Flat Zainal Abidin serta Sungai Air Hitam.

2 kontraktor Majlis Perbandaran Pulau Pinang ialah Syarikat Azah dan Syarikat Farah Enterprise yang sedang mengurus kerja-kerja pembersihan sekitar Jalan Masjid Negeri.

Gambar:  Nazri Hussain

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.