Kounter ‘One JPJ’ Star Paroi dibuka setiap hari Ahad

Kounter ‘One JPJ’ Star Paroi dibuka setiap hari Ahad

Kaunter online ‘One JPJ’ yang dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Pasar Tani Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi dibuka setiap Ahad mulai 31 Julai lepas mendapat sambutan baik orang ramai.

Pengarah JPJ negeri Saiful Azzri Hamzah berkata kaunter itu dibuka pada setiap Ahad pada bulan ini bagi memudahkan orang ramai membuat pembaharuan lesen memandu dan pembaharuan cukai jalan dan semakan saman.

“Program pembukaan kaunter ini adalah antara JPJ dan MyEG sebagai langkah penerapan kaedah ICT dan penyediaan perkhidmatan lebih berkesan,” katanya hari ini.

Saiful Azzri berkata JPJ akan meneruskan pembukaan kaunter berkenaan di pasar raya di setiap daerah mulai bulan depan.

See also  Dangerous junction in Air Itam raises concerns

Beliau berkata pasar raya yang berminat menempatkan kaunter ‘One JPJ’ di tempat mereka boleh menghubungi JPJ Negeri Sembilan di talian 06-6752150.

– Bernama