Kes bunuh warga emas Taman Buntung Ria selesai, dua suspek ditahan

Kes bunuh warga emas Taman Buntung Ria selesai, dua suspek ditahan

Polis percaya kes pembunuhan seorang warga emas di Taman Buntung Ria, Menglembu di sini dua hari lepas telah selesai dengan penangkapan suspek kedua malam tadi.

Polis percaya kes pembunuhan seorang warga emas di Taman Buntung Ria, Menglembu di sini dua hari lepas telah selesai dengan penangkapan suspek kedua malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Dzuraidi Ibrahim berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira 9.15 malam, berhampiran kedai makanan segera di Jalan Falim.

Lelaki itu direman seminggu untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin polis menahan suspek utama kes bunuh tersebut di sebuah kedai runcit di Laluan Sungai Pari 4, Buntung.

Dalam kejadian 2.10 pagi Ahad itu, Looi Kim Loong, 67, yang juga seorang peniaga, ditemui mati dengan kesan tikaman  di leher di dalam sebuah bilik, di rumahnya di Taman Buntung Ria.

Mayat Looi ditemui isteri dan anaknya yang tidur di dalam bilik lain di rumah terbabit, yang bangun selepas mendengar bunyi bising.

Polis yang menemui sebilah pisau dan gunting di tempat kejadian percaya kes bermotifkan samun.

– Bernama