9 Ogos: Hari orang asli sedunia

9 Ogos: Hari orang asli sedunia

Hari Orang Asli Sedunia diraikan pada 9 Ogos setiap tahun untuk mempromosi dan melindungi hak Orang Asal/Asli. Acara ini juga mengiktiraf segala pencapaian dan sumbangan oleh Orang Asal/Asli.

Oleh Suhakam

Hari Orang Asli Sedunia diraikan pada 9 Ogos setiap tahun untuk mempromosi dan melindungi hak Orang Asli. Acara ini juga mengiktiraf segala pencapaian dan sumbangan oleh Orang Asli.

Tahun ini di Malaysia, tema yang dipilih adalah menumpukan kepada sumbangan wanita dan belia Orang Asli dalam sumber ekonomi dan pengurusan hutan.

Sempena sambutan perayaan selama empat hari  (6 – 9 Ogos di Penampang, Sabah) anjuran bersama Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Program Organisasi Kerjasama Komuniti (PACOS) dan beberapa pertubuhan lain, Suhakam telah mengadakan satu forum pada 8 Ogos bertemakan Pembangunan Ekonomi Orang Asli.

Pesuruhjaya Suhakam Puan Jannie Lasimbang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Ekonomi, Pekerjaan Tradisional dan Teknologi Orang Asal dalam forum tersebut. Sambutan ini turut mempamerkan sumbangan Orang Asli kepada ekonomi dan pengurusan hutan mereka melalui pameran.

See also  KitKat and EPIC Homes partner to transform Orang Asli communities this Ramadan

Suhakam sedar bahawa promosi dan perlindungan hak-hak Orang Asli masih belum mencukupi, dan sedang mencari jalan untuk mempertingkatkannya. Prinsip tiada-diskriminasi dan penghormatan kritikal untuk sepenuhnya.

Prinsip-prinsip tiada-diskriminasi dan penghormatan terhadap institusi dan amalan orang Asli sedia ada adalah prinsip utama pendekatan hak asasi manusia kepada pembangunan, yang khususnya berkaitan pembangunan ekonomi dan perlu untuk diterapkan dalam undang-undang dan dasar-dasar kita.