Pangkalan data isu-isu sosial dilancarkan

Pangkalan data isu-isu sosial dilancarkan

Maklumat berkaitan isu sosial yang dikendalikan semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat akan dikumpul dalam satu pangkalan sistem bagi memudahkan capaian dan rujukan antara jabatan dan agensi.

Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) yang kini masih di peringkat pembangunan itu dilancarkan oleh Menterinya Shahrizat Abdul Jalil hari ini.

“Sekarang kita nak menentukan ada satu pangkalan data supaya senang untuk diakses dan yang mustahak ia akan menjadi satu rujukan kepada polisi dan tindakan yang dijalankan kementerian dan jadi rujukan agensi dibawahnya,” katanya kepada media selepas melancarkan sistem itu hari ini.

Shahrizat juga berkata pembangunan sistem SPDIIS itu adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pembangunan sosial negara setaraf dengan pembangunan ekonomi negara dalam matlamat mencapai taraf negara maju.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Dr Mohammed Fadzil Che Din memberitahu pemberita bahawa proses pengumpulan data sistem itu kini mencapai 60 peratus dan keseluruhan maklumat dijangka akan dapat dikumpul sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.

“Buat masa ini hanya agensi dan jabatan di bawah kementerian sahaja yang dapat mengakses sistem itu, setelah siap sepenuhnya nanti orang ramai boleh mengaksesnya di portal yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

– Bernama