Sesak lebih 10km akibat kemalangan di jambatan Pulau Pinang

Sesak lebih 10km akibat kemalangan di jambatan Pulau Pinang

Ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih empat jam bermula pukul 7 pagi tadi di Lebuhraya Utara Selatan dari tol Sungai Dua menghala ke Jambatan Pulau Pinang ekoran kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal dan lori treler.

Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din berkata kemalangan di km 5.1 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau itu berlaku pada pukul 6.50 pagi.

Katanya, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Azhar Pakwanteh, 52, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang treler itu yang membawa besi cerucuk.

“Mangsa yang bekerja kilang dalam perjalanan dari Lunas, Kedah ke tempat kerjanya di Bayan Lepas,” katanya ketika dihubungi.

Abdul Rahim berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, akibat kemalangan itu, berlaku beberapa kemalangan kecil di jambatan itu menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

– Bernama