Bekalan minyak masak ditambah

Bekalan minyak masak ditambah

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menambah 10 peratus lagi bekalan minyak masak kepada pembekal dan pemborong di seluruh negara sejak 1 Ogos lepas bagi kegunaan pada bulan puasa dan hari raya Aidilfitri nanti.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menambah 10 peratus lagi bekalan minyak masak kepada pembekal dan pemborong di seluruh negara sejak 1 Ogos lepas bagi kegunaan pada bulan puasa dan hari raya Aidilfitri nanti.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob berkata bekalan itu adalah untuk edaran kepada peniaga dan peruncit.

“Kita berharap dengan tambahan bekalan sebanyak 10 peratus ini, pengguna tiada masalah untuk mendapatkan bekalan minyak masak pada hari raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk dan berbuka puasa bersama pekerja kilang sawit Felda Triang Dua, semalam.

Ismail Sabri berkata kementerian akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan keperluan hari raya tahun ini termasuk kelapa, gula dan lain-lain mencukupi.

See also  Sime Darby Property launches Jom Raya campaign for sustainable celebrations

“Malah pegawai-pegawai KPDNKK di setiap negeri akan memberikan laporan dua kali sehari mengenai barang-barang keperluan tersebut,” katanya.

Mengenai kelapa, beliau, berkata Fama mengimport enam juta biji kelapa bagi kegunaan sepanjang puasa dan hari raya, di mana sebanyak tiga juta biji telah dipasarkan di seluruh negara.

Beliau berkata sekiranya barang keperluan harian berkurangan atau kehabisan akibat penggunaan yang berlebihan, langkah membawa masuk barangan dari negara pengeluar akan dilakukan segera bagi mengelak bekalan terputus.

Katanya 14 hingga 18 jenis barang keperluan hari raya yang diletakkan di bawah senarai harga barang kawalan akan diumumkan minggu depan bagi panduan pengguna.

– Bernama