Notis tuntutan bayaran tunggakan kepada peniaga pasar borong

Notis tuntutan bayaran tunggakan kepada peniaga pasar borong

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula mengeluarkan notis tuntutan terhadap 448 peniaga pasar borong yang belum menjelaskan tunggakan sewa berjumlah RM834,967.86.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula mengeluarkan notis tuntutan terhadap 448 peniaga pasar borong yang belum menjelaskan tunggakan sewa berjumlah RM834,967.86.

Notis tuntutan itu memberikan tempoh 14 hari kepada peniaga-peniaga berkenaan untuk menjelaskan tunggakan, dengan 113 daripada mereka mempunyai tunggakan RM2,000 ke atas.

Menurut kenyataan DBKL hari ini peniaga yang gagal menjelaskan bayaran tunggakan itu akan ditamatkan penyewaan gerai dan lesen perniagaan pasar borong.

Peniaga yang ditamatkan penyewaan akan diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan gerai sebelum tindakan sita diambil sekiranya gagal mematuhi perintah pengosongan gerai.

Semua peniaga itu sudah pun diberi notis peringatan untuk menjelaskan bayaran tunggakan mereka sebelum ini.

– Bernama