Sambutan Hari Pekerja 2013

SUBANG JAYA – Sambutan Hai Pekerja telah diadakan secara gilang gemilang pada pagi ini diperkarangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) Subang Jaya Selangor.

 

perarakan jalan1

Sambutan Hari Pekerja telah diadakan secara gilang gemilang pada pagi  ini diperkarangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia(MTUC) Subang Jaya Selangor.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Lebih dari 1000 pekerja telah berhimpun di tiga lokasi dan memulakan perarakan menuju ke Ibu pejabat MTUC.

Kontigen-kontigen dari pelbagai kesatuan gabungan telah hadir dengan banner masing-masing bagi menunjukkan semangat dan sokongan terhadap sambutan Hari Mei ini.

IMG_4288

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Sejurus selepas perarakan sampai diperkarangan nyanyian lagu negaraku diikuti lagu solidariti dan pembacaan ikrar telah diadakan sebelum pemimpin-pemimpin memberi ucapan mereka.

Dalam ucapan Mohd Khalid Atan, presiden MTUC  menegaskan “MTUC akan tetap meneruskan perjuangan selagi hak-hak kaum pekerja belum dibela dan terlaksana” dan beliau  menuntut sembilan tuntutan kaum pekerja diberi keutamaan oleh mana-mana bakal kerajaan yang akan menerajui kerajaan.

IMG_4224

Seterusnya Mantan Presiden MTUC Syed Shahir menyeru agar Hari Mei ini dihargai dan semangat perjuangan perlu dikekalkan supaya hak-hak kaum pekerja tidak terhakis atas nama pembangunan.

PC

N Gopal Kishnam, menjelaskan bahawa sebagai tambahan katanya “tiga perkara perlu diberi keutamaan oleh kerajaan iaitu penyumber keluar pekerja harus dihentikan segera, memberi pengiktirafan bagi penubuhan kesatuan memandangkan hanya 9 peratus pekerja di Negara ini yang berkesatuan dan pembaikpulihan undang-undang pekerja kearah memberi kebajikan sejagat kepada kaum pekerja.”

IMG_4161

Majlis sambutan ini juga telah disertai oleh 270 pekerja asing.

crowd

IMG_4173

 

//

Rajeswari