Polis tumpas sindiket curi kabel pencawang telekomunikasi

Polis tumpas sindiket curi kabel pencawang telekomunikasi

Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kabel pencawang dan peralatan syarikat telekomunikasi selepas menahan lapan lelaki dan seorang wanita dekat Muar dan Selangor, hujung bulan lepas.

Polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kabel pencawang dan peralatan syarikat telekomunikasi selepas menahan lapan lelaki dan seorang wanita dekat Muar dan Selangor, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Johor Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka berjaya ditahan ekoran penahanan pertama terhadap dua lelaki dan seorang wanita berumur 16 hingga 29 tahun di kawasan pencawang syarikat Maxis, di Bukit Pasir, Muar, pada 6.30 petang, 18 Julai lepas.

“Bertindak atas tangkapan terhadap tiga rakyat tempatan itu, polis kemudian berjaya menahan tiga lagi lelaki tempatan berumur 24 hingga 51 tahun dan tiga lelaki rakyat asing berumur 26 hingga 42 tahun di sebuah pusat perniagaan barangan lusuh di Bukit Puchong, Selangor, pada 4 petang, 29 Julai lepas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata keenam-enam lelaki terbabit merupakan pemilik premis tersebut dan pekerjanya.

See also  Goodday KidSTART 2.0 returns to nurture young entrepreneurs

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas pelbagai barangan curi terdiri daripada kabel, peralatan elektronik dan bateri kepunyaan syarikat telekomuniksi Maxis, Digi, Celcom dan Telekom Malaysia yang dianggarkan bernilai RM5 juta.

Katanya kesemua barangan tersebut dipercayai dicuri sejak lima bulan lepas di sekitar Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Hasil daripada penahanan dan rampasan ini, polis percaya berjaya menyelesaikan 60 kes kecurian kabel dan peralatan milik syarikat telekomunikasi di lapan negeri berkenaan. Kesemua suspek direman sejak 29 Julai lepas sehingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 kanun yang sama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar mengesahkan pihaknya menerima lima laporan berhubung dakwaan berlakunya penderaan pada kursus motivasi di Pusat Latihan Penjara Kluang, baru-baru ini iaitu satu laporan dibuat oleh ibu bapa pelajar yang terlibat manakala empat lagi oleh para pelajar sendiri.

See also  Sunway Uni hosts Times Higher Education Asia Summit

Katanya pasukan siasatan yang diketuai Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad sudah merekodkan sembilan keterangan daripada ibu bapa, empat pelajar dan pengurusan penjara manakala enam lagi keterangan dijangka direkodkan hari ini.

Kertas siasatan katanya dijangka dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, Isnin depan.

Isnin lepas, 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, di sini, mendakwa didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala, dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan diarahkan memakai persalinan banduan
semasa berkursus selama tiga hari di pusat latihan penjara berkenaan.

Kesemua mereka turut mendakwa dilayan tidak ubah seperti banduan sepanjang tempoh berada di penjara itu.

– Bernama