Remaja hilang tiga jari akibat mercun di Kelantan

Remaja hilang tiga jari akibat mercun di Kelantan

Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, semalam.

Seorang remaja kehilangan tiga jari tangan kirinya akibat bermain mercun dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, semalam.

Mangsa, Nasrudin Mohd Nazli, 19, yang putus ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah itu merupakan mangsa kedua akibat mercun di Kelantan tetapi merupakan mangsa pertama yang cedera teruk sehingga hilang jari.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II,  Zaid Ahmad berkata Nasrudin menerima rawatan di jabatan kecemasan hospital itu pada kira-kira pukul 10.25 malam sebelum di tempatkan di wad untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa merupakan kes kedua dirujuk ke HRPZ II akibat mercun tahun ini, di mana kes pertama berlaku pada Isnin lepas.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

“Ini merupakan kes yang kedua kita terima membabitkan mercun, kes pertama pada 1 Ogos lalu, membabitkan seorang remaja berusia 20 tahun, namun dalam kes itu remaja itu hanya cedera ringan,” katanya.

Ketika ditemui di hospital, Nasrudin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan seorang rakannya sedang menunggang motosikal di kawasan kampungnya.

“Masa tu saya dan kawan naik motor pusing kampung, saya yang membonceng kemudian cuba memasang mercun bola.

“Selepas membakarnya saya cuba untuk melempar mercun itu tetapi tidak sempat menyebabkan ia (mercun) meletup di tangan saya,” katanya.

Beliau berkata ketika meraung kesakitan beliau melihat ketiga-tiga jarinya sudah tiada sebelum terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

– Bernama