Kerajaan Selangor kesal insiden serbuan, minta Jais sedia laporan

Kerajaan Selangor kesal insiden serbuan, minta Jais sedia laporan

Kenyataan: Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, malam tadi.

Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

“Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

“Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” kata beliau.

Menteri Besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan tolenrasi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekaligus menyatupadukan rakyat.