Perodua Myvi taraf keselamatan empat bintang

Perodua Myvi taraf keselamatan empat bintang

Myvi baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mendapat penarafan empat bintang Program Penilaian Kenderaan Malaysia Malaysia (MyVAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Myvi baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mendapat penarafan empat bintang Program Penilaian Kenderaan Malaysia Malaysia (MyVAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusannya Aminar Rashid Salleh berkata penarafan berkenaan akan menambah keyakinan pembeli terhadap ciri-ciri keselamatan model itu.

“Ini merupakan model kedua Perodua selepas Alza menerima penarafan empat bintang MyVAP,” katanya.

Aminar Rashid berkata penarafan itu membuktikan Myvi mencapai standard keselamatan yang tinggi yang juga mematuhi protokol tertentu Program Penilaian Kereta Baru Euro (ENCAP).

Beliau berkata penilaian MyVAP menumpu kepada tiga teras iaitu keselamatan aktif, keselamatan pasif dan 11 item di bawah Peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

See also  Penang LRT project gains momentum, CM urges support

“Bagi 11 item di bawah Peraturan UNECE termasuk keserasian elektro-magnetik, brek, dalaman, jangkaan luaran, peranti amaran pendengaran, halangan risiko kebakaran, speedometer, cermin pandangan belakan, kuasa stering, indikator dan
visi hadapan,” katanya.

Aminar Rashid berkata ujian dan pensijilan dijalankan oleh badan akreditasi ENCAP, IDIADA dan homologasi Eropah TUV Rheinland dan rakan teknologi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd mulai November tahun lepas hingga Julai 2011.

“Keputusan ujian dan pensijilan dinilai dan disahkan oleh Miros pada akhir Julai 2011,” katanya.

MyVAP, dimulakan oleh Miros, merupakan program bagi menilai tahap keselamatan kenderaan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik kereta tempatan bagi memiliki kenderaan yang selamat.

See also  Toll-free highway travel for Hari Raya AidilfitriĀ 

– Bernama