200 hadir untuk solidariti pro-Adam di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Kumpulan ini melaungkan slogan dengan membawa sepanduk dan lilin menuntut pembebasan Adam.

IMG_5602

Lebih kurang 200 orang daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhimpun di hadapan Balai Polis Sentral, Jalan Meldrum di Johor Bahru semalam untuk menuntut pembebasan aktivis pelajar Adam Adli.

Kumpulan ini yang mula berkumpul di hadapan balai polis pada jam lebih kurang 9 malam melaungkan slogan dengan membawa sepanduk dan lilin menuntut pembebasan Adam.

Patrict GohSalah seorang peserta pehimpunan nyalaan lilin tersebut, Patrick Goh, 32,  berkata beliau bersimpati dengan nasib anak muda ini dan menuntut agar Adam dibebaskan segera tanpa syarat.

“Sekiranya satu Adam tumpas, kita akan lihat seribu Adam akan bangkit membela kebebasan bersuara di negara ini,” ujar Patrick yang berkerja sebagai jurukamera bebas.

Mohan PeriyasamySeorang lagi peserta, Mohan Periyasami, 47, berkata Kementerian Dalam Negeri sengaja menggunakan Akta Hasutan untuk mengekang kebebasan rakyat untuk bersuara.

“Zahid Hamidi perlu bertanggung jawab kerana menggunakan Akta Hasutan ini sebagai intimidasi untuk menyekat kebebasan bersuara. Yang tidak masuk akal sama sekali adalah akta yang sama tidak digunakan terhadap ahli politik seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin yang jauh sekali menghasut sentimen perkauman di negara ini,”

“Adam Adli adalah simbol kebebasan rakyat untuk bersuara. Ramai antara kita yang tidak berpuas hati dengan cara pengendalian dan keputusan pilihan raya yang lepas. Jadi rakyat mempunyai kebebasan untuk meluahkan isi hati mereka.

Kerajaan tidak harus menyekat kebebasan ini” ujar Mohan lagi yang juga merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) bahagian Nusa Jaya.

Selepas beberapa ucapan singkat daripada pemimpin politik dan badan bukan kerajaan, perhimpunan nyalaan lilin ini ditamatkan dengan nyanyian lagu kebangsaan, “Negaraku” pada jam lebih kurang 10 malam.

Seramai 50 orang polis juga kelihatan mengawasi keadaan sepanjang perhimpunan ini.

Adam Adli yang merupakan seorang aktivis pelajar ditahan reman sejak hari Sabtu lalu mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan berikutan ucapannya dalam program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia pada 13 Mei.

IMG_5593

IMG_5596

IMG_5592

Saminathan