Harga istimewa sempena Ramadan di Hotel al-Taqwa, Langkawi

Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad, satu-satunya koperasi masjid di Langkawi, menawarkan harga istimewa untuk bilik hotel miliknya sempena Ramadan.

Setiausaha koperasi itu Nazeri Hashim berkata Hotel Al-Taqwa yang beroperasi November lepas berkonsepkan hotel Islam dan memiliki 20 bilik.

“Kami menawarkan harga serendah RM40 untu menginap di hotel kami pada Ramadan ini,” katanya, hari ini.

Katanya sebelum ini untuk hari biasa, kadar yang ditetapkan adalah antara antara RM80 dan RM120 bagi bilik berhawa dingin yang dilengkapi peti ais serta televisyen.

“Hotel ini juga berkonsep melancong sambil belajar bagi menarik ramai pelancong ke pulau peranginan ini,” katanya.

– Bernama