Fomca mahu kupon makanan diagih dengan saksama

Fomca mahu kupon makanan diagih dengan saksama

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), yang menyambut baik cadangan untuk mengadakan sistem kupon makanan bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin, mahu kerajaan memastikan pengedaran kupon makanan itu diperincikan dan dilaksanakan dengan saksama.

Presiden FOMCA, N. Marimuthu berkata sistem kupon makanan seumpamanya telah dilaksanakan di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat selama lebih 40 tahun dan didapati sangat berkesan untuk membantu golongan miskin.

Di Amerika Syarikat, sistem kupon makanan itu mempunyai beberapa kriteria tertentu seperti pendapatan isi rumah kurang daripada US$2,000 (RM5,896) sebulan, jumlah orang kelainan upaya, ibu bapa berusia tua. Golongan pendatang turut
dipertimbangkan dalam program itu.

Beliau mengulas cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem kupon makanan bagi memastikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik ke arah mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara yang ketujuh iaitu Kos Hidup.

See also  Ipoh White Coffee brews up global recognition

Meskipun tidak pasti bagaimana sistem kupon makanan di Malaysia akan dilaksanakan, Marimuthu berharap satu kajian teliti akan dilakukan sebelum sistem itu diperkenalkan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak
mendapat faedah.

Beliau berkata kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 10 tahun akan datang harga barangan makanan di negara ini bernilai dua kali ganda dan adalah wajar untuk melakukan persediaan bagi menghadapi kemungkinan itu sekarang.

“Sistem kupon makanan ini satu langkah tepat bagi menangani isu berkenaan,” katanya.

– Bernama