Lesen peniaga digantung jika didapati jual makanan basi

Lesen peniaga digantung jika didapati jual makanan basi

Kerajaan negeri Terengganu tidak akan berkrompromi dengan mana-mana peniaga yang didapati menjual makanan basi kepada orang ramai pada Ramadan ini.

Kerajaan negeri Terengganu tidak akan berkrompromi dengan mana-mana peniaga yang didapati menjual makanan basi kepada orang ramai pada Ramadan ini.

Menteri Besar Ahmad Said berkata tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada peniaga jika didapati berbuat demikian.

Beliau berkata jika pihak Jabatan Kesihatan mendapat aduan berlaku kes keracunan makanan dan cirit-birit, pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk menggantung lesen perniagaan mereka.

“Kita akan gantung lesen peniaga jika mereka masih menjual makanan lebihan semalam kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan apron kepada para peniaga di Bazar Ramadan Shahbandar, di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandaraya Kuala Terengganu Adzlan Mohd Dagang. Pada majlis tersebut sebanyak 500 helai apron diagihkan kepada peniaga di situ.

See also  AEON distributes 30,000 packs of bubur lambuk for Ramadan

Ahmad berharap para peniaga dapat mematuhi peraturan serta menekankan aspek kebersihan dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Sementara itu, pegawai dari Jabatan Kesihatan negeri turut melakukan pemeriksaan kesihatan di setiap premis perniagaan.

– Bernama