NUBE rujuk kes pemecatan ke Mahkamah Majistret

GEORGE TOWN – Kes telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang oleh Naib Presiden NUBE Malaysia, Saudara Abdul Jamil bin Jalaludeen.

Ahli ahli NUBE di Mahkamah Majistret Pulau Pinang
Ahli ahli NUBE di Mahkamah Majistret Pulau Pinang

GEORGETOWN – Baru baru ini Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank (NUBE) Wilayah Utara telah memfailkan kes terhadap mantan CEO Maybank Dato Sri Abdul Wahid Omar dan dua orang lagi rakan sekerja beliau iaitu Nora Abdul Manaf , Ketua Sumber Manusia yang juga merangkap Ketua Kumpulan Modal Insan Maybank dan juga Ketua Perhubungan Perusahaan Maybank , Looi Heong Meng.

Kes telah difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang oleh Naib Presiden NUBE Malaysia, Abdul Jamil bin Jalaludeen.

Satu laporan polis juga telah dibuat keatas ketiga tiga mereka oleh saudara Abdul Jamil pada 29 Mei 2013 kerana telah melanggar Seksyen 59 (1) (d) dan (e) Akta Perhubungan Perusahaan dan jika sabit kesalahan mereka semua bakal berdepan dengan sabitan penjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi 2 ribu ringgit atau kedua duanya sekali setiap seorang.Abd-Jamil-polis-report.pdf

Naib Presiden NUBE  Abdul Jamil sedang ditemuramah wartawan
Naib Presiden NUBE Abdul Jamil sedang ditemuramah wartawan
Abdul Jamil bersama ahli ahli NUBE yang turut hadir di mahkamah
Abdul Jamil bersama ahli ahli NUBE yang turut hadir di mahkamah

Ini semua adalah rentetan dari tindakan Maybank memecat khidmat saudara Jamil dan Bendahari Kehormat NUBE saudara Chen Ka Fatt dari tugas mereka sebagai pekerja di Maybank pada 31 Januari 2012 atas sebab mempamerkan sepanduk yang tertulis “Maybank Robs Poor Malaysian Workers “ (Maybank Merompak Pekerja Pekerja Miskin Malaysia) ketika menghadiri Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)di Geneva.

Untuk makluman , saudara Abdul Jamil adalah seorang pekerja Maybank di cawangan Pulau Tikus, Pulau Pinang manakala saudara Chen Ka Fatt adalah pekerja Maybank di cawangan Ipoh Garden di Ipoh Perak.

Abdul Jamil sedang memberi sepatah dua kata kepada ahli ahli NUBE yang turut serta bersama beliau
Abdul Jamil sedang memberi sepatah dua kata kepada ahli ahli NUBE yang turut serta bersama beliau
Abdul Jamil dan ahli NUBE yang lain di Mahkamah Majistret Pulau Pinang
Abdul Jamil dan ahli NUBE yang lain di Mahkamah Majistret Pulau Pinang

Sehubungan dengan itu sebanyak 519 laporan polis telah dibuat oleh ahli ahli NUBE seluruh negara sebagai bantahan terhadap pemecatan tersebut.

Ahli ahli NUBE juga telah bertindak sebagai pengadu turut bersama sama mendapatkan sijil Pemberitahuan Rujuk Kepada Majistret (RTM) daripada pihak polis untuk membolehkan mereka terus merujuk kes tersebut ke mahkamah majistret untuk siasatan yang lebih terperinci dan adil.

Surat Rujuk Mahkamah atau Refer To Magistrate
Surat Rujuk Mahkamah atau Refer To Magistrate

Saudara Abdul Jamil yang juga Pengerusi Cawangan NUBE wilayah utara di dalam kenyataan media beliau juga menyatakan bahawa Wahid sebagai CEO sebuah syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) pada waktu itu sepatutnya lebih tahu tentang pemecatan yang dibuat boleh dianggap sebagai pencabulan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dibawah Seksyen 59 dan 39 yang telah diwartakan oleh Kerajaan Malaysia.

Jelas di dalam akta tersebut melarang majikan syarikat dari sebarang cubaan menakut nakutkan atau menggugut pekerja mereka dari melaksanakan tanggungjawab atau tugas mereka sebagai ahli kesatuan sekerja.

Menurut Abdul Jamil lagi , di dalam perjumpaan NUBE bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib pada 5 April 2012 , Perdana Menteri sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan majikan yang memecat pekerja pekerjanya yang aktif di dalam kesatuan sekerja kerana bagi beliau ,mereka sebagai pekerja yang aktif dalam kesatuan buruh atau pekerja hanya melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pejuang hak asasi pekerja di negara ini.

Setiausaha Agung NUBE J. Solomon juga menyelar Maybank kerana bertindak mencabul hak asasi manusia terhadap NUBE kerana secara jelas telah melanggar akta yang telah diwartakan oleh kerajaan apabila bertindak melulu dengan memecat kedua dua mereka iaitu Jamil dan Chen yang beliau gelar pejuang hak pekerja (asasi manusia).

“Ini merupakan satu pembunuhan ekonomi terhadap mata pencarian dua pejuang hak asasi manusia dan keluarga mereka,” ujar Solomon dalam kenyataan media NUBE.

Sebagai salah sebuah GLC yang amat penting di negara ini , Maybank sepatutnya menjadi contoh kepada GLC yang lain dengan mematuhi hak hak yang telah diwartakan dalam akta yang melindungi pekerja dan juga hak asasi manusia.

Wahid juga digesa agar bertanggungjawab di atas pemecatan yang tidak sah itu dan harus sedar bahawa beliaulah yang sebenarnya merupakan punca Perjanjian Kolektif telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan kerana beliau sebenarnya tidak mempunyai niat langsung untuk duduk semeja dan benar benar berunding dengan NUBE dalam meningkatkan peruntukan di dalam Perjanjian Kolektif tersebut.

Sehubungan itu adalah amat menghairankan sekali apabila Wahid yang terang terangan mencabuli hak hak pekerja dan melangggar hak asasi manusia dilantik menjadi menteri penuh yang bertanggungjawab dalam mengawal selia Unit Perancang Ekonomi negara (EPU).

Sebagai seorang yang berprinsip Wahid seharusnya tidak menerima perlantikan tersebut sehingga kes kes yang dikenakan terhadapnya itu selesai.

Avatar photo

Imran Hilmy

is born and raised in Penang Island and throughout of his younger days has a knack of lyrics and poem writings.Loves to read on history, politics and religions. He believes that he has a role in making this world a better place through his capacity as a Citizen Journalist in CJ.MY.