Semua aktivis PSM dibebaskan petang ini

Semua aktivis PSM dibebaskan petang ini

Semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan, Ketua Polis Negara Ismail Omar mengumumkan hari ini.

Semua enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) bulan lepas telah dibebaskan, Ketua Polis Negara Ismail Omar mengumumkan hari ini.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata berikutan pembebasan itu, tindakan selanjutnya akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.

Ketika dihubungi, jurucakap Polis Bukit Aman berkata kesemua tahanan itu dibebaskan secara serentak petang tadi selepas selesai pemeriksaan doktor.

Mereka ialah Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devara, 56, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R.Sarat Babu, 25.

Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

– Bernama

[Baca: PSM6: Dr. Jeyakumar on hunger strike]