Kem PLKN Junaco Park di Sibu kini dilengkapi kolam renang ‘bertaraf olimpik’

Kem PLKN Junaco Park di Sibu kini dilengkapi kolam renang ‘bertaraf olimpik’

Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Junaco Park, di Jalan Sibu/Bintulu, kini dilengkapi kemudahan kolam renang bertaraf Olimpik.

Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Junaco Park, di Jalan Sibu/Bintulu, kini dilengkapi kemudahan kolam renang bertaraf Olimpik.

Ini adalah kem pertama daripada 79 kem PLKN di seluruh negara yang mempunyai kolam renangnya sendiri.

Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak William Mawan Ikom hari ini merasmikan kolam renang itu sebagai mewakili Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

Bercakap kepada media kemudian, Mawan berkata menjadi hasrat kerajaan agar pengusaha kem PLKN sentiasa berusaha menyediakan kemudahan terbaik kepada pelatih di kem mereka.

Beliau berkata semua pengusaha kem juga diharap akan terus memberi keutamaan kepada aspek kesihatan dan keselamatan yang semestinya akan mengggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti latihan itu.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

“Latihan Khidmat Negara amat penting untuk menghasilkan generasi akan datang yang bersifat patriotik dan memiliki personaliti yang baik lebih-lebih lagi pada masa kita melangkah ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020,” katanya.

Mawan turut memuji pengusaha kem PLKN Junaco Park, Khiu Siong Kee kerana inisiatif beliau dalam menyediakan kemudahan bernilai RM1.1 juta itu secara sukarela.

Beliau berkata pelatih Junaco Park kini memperoleh keistimewaan untuk mengikuti kursus renang atau menyertai aktiviti air dalam persekitaran yang bersih serta selamat dan tidak lagi berbuat demikian dalam air yang tidak dirawat di tasik dan kolam, katanya.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini, tiada sebarang isu berhubung aspek kesihatan dan keselamatan di kesemua lapan kem PLKN di negeri ini meskipun sebelum ini satu atau dua daripadanya terpaksa menghentikan aktiviti air di
kolam dan tasik berikutan wabak Leptospirosis.

See also  MCTF champions sustainability for future workforce

– Bernama