Syabas: Ops potong air bulan Ogos

Kenyataan oleh Syabas

Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin menasihatkan para pengguna agar membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Ogos 2011 sedang dijalankan di kawasan-kawasan seperti berikut:

1 Ogos 2011 – 15 Ogos 2011

Wilayah Kuala Lumpur :
Kampung Pandan; Desa Pandan; Jalan Cochrane; Sri Angsana Hilir; Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Dagang; Taman Nirwana; Taman Maluri; Taman Cheras Indah; Taman Komersial/Pandan Mewah; Taman Mawar/Taman Kencana; Taman Mega/Taman Muda; Taman Melor/Bukit Permai; Taman Pertama; Taman Putra/Taman Bukit Teratai; Taman Saga; Taman Seraya; Taman Shamelin; Taman Miharja; Taman Rajawali; Taman Ikan Emas; Kampung Cheras Baru; Taman Tenaga; Desa Aman; Taman Bukit Pandan; Taman Bahtera/ Taman Cheras; Taman Billion; Taman Rakyat; Taman Segar; Alam Jaya; Taman Sunway; Cheras Awana; Taman Mudun; Taman Mulia; Taman Bukit Hijau; Desa Bukit Cahaya; Alam Damai; Cheras Utama; Taman Supreme; Bandar Tun Razak; Taman Midah; Desa Tun Razak; Bandar Damai Perdana; desa Baiduri; Taman Bukit Angsana; Taman Delima/Taman Dahlia; Taman Minang/Taman Anggerik; Taman Minang Ria.

Wilayah Petaling :
Taman Tun Dr Ismail; Kelana Jaya dan Seri Setia Sungai Way; Kampung Tunku, Seksyen 51A & 52 PJ; Kampung Kubu Gajah, Kampung Baru Subang; Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak; Kampung Cina Sungai Buloh; Taman saujana Utama; Bandar Baru Sungai buloh; Bukit Rahman putra; Kampung Melayu Subang; Glenmarie Shah Alam; Seksyen 11 – Seksyen
19 Petaling Jaya; BU 1-BU 12 Bandar Utama; Taman Desa OUG, Abadi Indah Batu 3, Batu 6, Jalan Klang Lama; Sungai Besi, Happy Garden Off Klang Lama, Seksyen 1- 10 & Seksyen 18; Seksyen 1-10, Petaling Jaya Batu 5 – Batu 7 Jalan Puchong; Kuchai Entrepreneurs Park, Seri Petaling, Salak South; Taman Sri Sentosa, Sri Manja, Taman Dato Harun, Taman Desaria
& Kampung lindungan; SS 12 – SS 19 Subang Jaya; PJS 8,9,10,11 & SS 12 – SS 19; USJ 1 – USJ 26 Sime UEP; Bandar Puchong Utama, Puchong Indah, Puchong Intan; Taman Pinggiran Putra; Taman Pucak Jalil; Seri Kembangan, Taman Seri Serdang, Taman Universiti Indah; Taman Tan Yew Lai, Taman Bukit Angkasa, Kampung Malaysia dan Puchong Permai,
Puchong Perdana.

Wilayah Gombak:
Jalan Gombak Batu 3 – Batu 12; Taman gombak; Taman Desa Minang; Taman Greenwood; Taman Berjaya; Taman Selaseh; Taman Gombak Ria; Taman Melewar; Taman Koperasi Polis Fasa 1 & 2; Taman Bullion; Taman Samudera; Taman Seri Gombak; Pinggiran Batu Caves; Taman Industri Bolton; Taman Bukit Permata; Pusat Niaga Batu Caves; Taman Sunway;
Taman Gemilang; Taman Desa Batu Caves; Taman Sri Batu Caves; Kawasan Perusahaan Sri gombak; Kawasan Perusahaan Batu Caves; Taman Batu Muda; Kampung Batu Muda; Taman Perindustrian IKS; Taman Amaniah; Taman Batu Caves; Taman Selayang; Taman Bukit Idaman; Taman Bidara; Taman Selayang Jaya; Taman Selayang Utama; Taman
Selayang Permai; Kampung Selayang Pandang; Taman Prima Selayang; Taman Intan Baiduri; Jinjang Utara; Jinjang Selatan; Taman Jinjang Baru; Taman Beringin; Taman Sri Segambut; Taman Fadason; Taman Cuepecs; Taman Emas; Taman Megah; Taman Pusat Kepong; FRIM Kepong; Taman Daya; Taman Indah Perdana; Taman Kepong Indah; Taman
Bunga Raya; Taman Melati; Kampung Air Panas; Taman Desa Setapak; Kampung Klang Gates; Jalan Genting Klang; Taman P. Ramlee; Taman Titiwangsa; Taman Setapak; Bandar Manjalara; Desa Sri Mahkota; Medan Putra Business Centre; Desa Park City; Taman Sunway Damansara; Bandar Sri Damansara dan Taman Wangsa Permai.

Wilayah Klang/Shah Alam:
Kampung Jawa; Jalan Bukit Jati; Seksyen 31 hingga 34 Shah Alam; Kampung Bukit Naga; Taman Sentosa; Bandar Puteri; Bandar Putera; Taman Sri Andalas; Taman Menara Maju dan Taman Alam Nyata.

Wilayah Hulu Langat:
Jalan Batu 14 hingga Batu 18 Hulu Langat; Kampung Sungai Serai; Taman Perkasa; Taman Sri Nanding; Kampung Dusun Tua; Kampung Sungai Lui hingga Kampung Jawa; Kawasan Sungai tekali; Taman Langat Ceria; Taman Wawasan; Taman Pinggiran Delima; Seluruh Kawasan Bandar Baru Bangi; Taman Tenaga; Reko Sentral; Kompleks Hentian Kajang;
Taman Universiti; Tman Reko Jaya; Kampung Teras Jernang; Kampung Sungai Tangkas; Bandar Sri Putra dan Bandar Bukit Mahkota.

Wilayah Hulu Selangor:
Kuang; Kundang; Tasek Puteri; Country Homes; Seluruh Kawasan Rawang; Sungai Choh; Sungai Buaya; Bukit Beruntung; Bukit Sentosa dan Serendah

Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada para pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak.

Sekiranya tindakan telah diambil, pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dibuat. Caj-caj yang dikenakan tersebut bukanlah merupakan suatu denda atau penalti.

Caj-caj ini adalah caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air yang dikenakan oleh SYABAS kepada pengguna seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai sehingga kini.

Untuk maklumat lanjut, para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222.

Para pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web twitter dan facebook SYABAS.