Pendaftaran biometrik pekerja asing di Sarawak mula 1 Ogos

Pendaftaran biometrik pekerja asing di Sarawak mula 1 Ogos

Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah di Sarawak akan bermula pada Isnin ini dan berlangsung selama dua minggu, kata Pengarah Jabatan Imigresen negeri Robert Lian hari ini.

Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Sah di Sarawak akan bermula pada Isnin ini dan berlangsung selama dua minggu, kata Pengarah Jabatan Imigresen negeri Robert Lian hari ini.

Beliau berkata pendaftaran biometrik itu boleh dilakukan di 88 kaunter yang dibuka di seluruh Sarawak.

Selepas pendaftaran selesai, Imigresen Sarawak akan melaksanakan pemutihan pendatang tanpa izin pada 15 Ogos selama dua minggu di semua pejabat imigresen negeri, katanya pada sidang media, di sini.

Beliau sebelum itu hadir majlis taklimat pendaftaran pekerja asing sah kepada majikan di sini.

Lian berkata terdapat 143,864 pekerja asing di Sarawak yang bekerja di sektor perladangan (56,933 orang), pembuatan (55,563), pembinaan (13,147), pembantu rumah (7,033), perkhidmatan (6,048) dan pertanian (5,140 orang).

Katanya secara purata Imigresen Sarawak  menghantar pulang 30 banduan dan pekerja asing tanpa izin di negeri ini setiap minggu.

“Kita akan memastikan mereka yang ‘ready to go home’ dengan dokumen sah,” katanya.

Lian berkata pekerja asing tanpa izin yang berasal dari negara jiran seperti Kalimantan akan dihantar pulang menerusi pintu sempadan Sarawak Kalimantan di Tebedu, Serian manakala yang berasal dari negara lain akan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum dihantar balik ke negara masing-masing.

– Bernama

IMIGRESEN-SARAWAK
PENDAFTARAN BIOMETRIK PEKERJA ASING DI SARAWAK MULA 1 OGOS – PENGARAH IMIGRESEN SARAWAK

KUCHING, Julai 29 (Bernama)  — Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing
Sah di Sarawak akan bermula pada Isnin ini dan berlangsung selama dua minggu,
kata Pengarah Jabatan Imigresen negeri Datuk Robert Lian hari ini.
Beliau berkata pendaftaran biometrik itu boleh dilakukan di 88 kaunter yang
dibuka di seluruh Sarawak.
Selepas pendaftaran selesai, Imigresen Sarawak akan melaksanakan pemutihan
pendatang tanpa izin pada 15 Ogos selama dua minggu di semua pejabat imigresen
negeri, katanya pada sidang media, di sini.
Beliau sebelum itu hadir majlis taklimat pendaftaran pekerja asing sah
kepada majikan di sini.
Lian berkata terdapat 143,864 pekerja asing di Sarawak yang bekerja di
sektor perladangan (56,933 orang), pembuatan (55,563), pembinaan (13,147),
pembantu rumah (7,033), perkhidmatan (6,048) dan pertanian (5,140 orang).
— LAGI

IMIGRESEN-SARAWAK 2 (AKHIR) KUCHING

Katanya secara purata Imigresen Sarawak  menghantar pulang 30 banduan dan
pekerja asing tanpa izin di negeri ini setiap minggu.
“Kita akan memastikan mereka yang ‘ready to go home’ dengan dokumen sah,”
katanya.
Lian berkata pekerja asing tanpa izin yang berasal dari negara jiran
seperti Kalimantan akan dihantar pulang menerusi pintu sempadan Sarawak
Kalimantan di Tebedu, Serian manakala yang berasal dari negara lain akan
dihantar ke Kuala Lumpur sebelum dihantar balik ke negara masing-masing.
— BERNAMA
KHL KHL NM