Kumpulan Royale Voices muncul juara bakat budaya MPK

Kumpulan Royale Voices muncul juara bakat budaya MPK

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ikhsan Mukri berkata pertandingan itu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan kakitangan dan ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan daripada peserta.

Kumpulan Royale Voices dari Jabatan Korporat muncul juara dalam Bakat Budaya Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang diadakan di Dewan Hamzah,di sini.

Pemangku Yang Di Pertua MPK,Ikhsan Mukri berkata pertandingan itu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru di kalangan kakitangan dan ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan daripada peserta.

Menurutnya,beliau berasa kagum dengan persiapan,komitmen dan persembahan daripada 14 jabatan yang bertanding pada aktiviti pertama Bakat Budaya MPK untuk tahun itu.

“Kepelbagaian lagu termasuk berunsur patriotik begitu mengagumkan dan ia sesuatu positif dalam kita melahirkan kakitangan yang kreatif serta inovatif.

“Malah ia juga menjadi platform terbaik bagi MPK mencari bakat baru untuk diketengahkan terutama dalam aktiviti muzik dan kesenian”katanya.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Sementara itu,Jabatan Kewangan meraih tempat kedua dan ketiga,Jabatan Kejuruteraan dengan johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500 dan piala iringan.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Undang-Undang,Datin Fadzilah Abd Aziz dan para hadirin juga dipersembahkan nyanyian oleh koir MPK serta acara cabutan bertuah untuk mereka.