Hari Pekerja 2013: Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

BUKIT JALIL – Perhimpunan Hari Pekerja 2013 yang ditangguhkan sebelum ini, telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan gilang gemilang serta dihadiri oleh lebih kurang 10,000 warga pekerja.

Perhimpunan Hari Pekerja 2013 telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini. Sambutan yang diadakan secara gilang gemilang ini adalah anjuran kerajaan yang pada asalnya telah menangguhkan sambutan ini berikutan Pilihanraya Umum ke -13.

Lebih 12,000 pekerja mewakili pelbagai kesatuan sekerja, persatuan majikan, jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta menghadiri majlis itu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan anugerah kepada tokoh pekerja pelbagai kategori yang terdiri daripada Pengurus Besar Era Edar Marketing Sdn Bhd Hamsiah Ismail dinobatkan sebagai tokoh pekerja negara kategori eksekutif, kerani Hong Leong Bank Berhad Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali (bukan eksekutif) dan Pegawai Penyelidik Sosial Abdul Rais Mohamad Mokhtar (orang kelainan upaya).

MTUC - carrying bunga

Lebih kurang 10,000 pekerja dari pelbagai sektor yang melibatkan 180 kontingen telah menyertai sambutan ini.

MTUC --2 choir

Ucapan utama telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia baru Datuk Richard Riot Anak Jaem.

Najib dalam ucapannya telah menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan perlaksanaan gaji minima RM900. Beliau menjelaskan bahawa sebanyak 400 syarikat telah memohon untuk dilanjutkan sehingga ke akhir tahun dan telah diluluskan.

Di samping itu, permohonan kepada syarikat-syarikat mikro atau kecil telah dibuka bagi membolehkan mereka juga melanjutkan tarikh perlaksanaan  gaji minima.

Pelbagai persembahan seperti tarian dan persembahan gamelan, koir dan nyanyian juga telah diadakan.

MTUC --3 March past

MTUC -4374VIP

MTUC --4 Dance

Sambutan hari pekerja telah diadakan sejak tahun 1991 walaupun pengiktirafan telah diberikan sejak tahun 1973 bagi menghargai perjuangan dan sumbangan para pekerja dalam pembangunan Negara di samping mengukuhkan lagi sumbangan para pekerja dalam memartabatkan Negara di persada antarabangsa.

Tahun ini tema yang dipilih ialah ‘Pekerja Pemangkin Transformasi Negara” memandangkan warga kerja inilah merupakan tulang belakang kepada segala pencapaian pembangunan dan kemajuan Negara.

“Pengiktirafan ini harus diberikan kepada pekerja kerana mereka merupakan penggerak bagi memastikan segala usaha dan perancangan Kerajaan melalui agenda-agenda transformasi Negara dapat direalisasikan kata Perdana Menteri” .

 

Rajeswari