Jangan lingdungi pendatang yang jadi penjaja haram

Majlis Perbandaran Sibu (MPS) hari ini mengeluarkan amaran terhadap rakyat tempatan yang cuba melindungi pendatang
asing yang menjalankan aktiviti penjajaan secara haram di sekitar bandar Sibu.

Pengerusinya Tiong Thai King berkata MPS kerap menerima aduan mengenai ramai pendatang asing menjual DVD, pakaian dan pelbagai barangan lain terutama di kedai makan.

“Baru-baru ini kami menahan dua rakyat China dan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen yang kemudian menghantar mereka pulang ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman penjara.

“Tetapi kami juga menerima rayuan daripada penduduk tempatan yang cuba melindungi pendatang dengan meminta kami agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum menghadiri mesyuarat bulanan MPS di sini, hari ini.

Tiong yang juga Anggota Parlimen Sibu berkata mereka tidak seharusnya melindungi pendatang asing yang tidak boleh menjalankan aktiviti perniagaan ketika dalam visa lawatan sosial.

“Pegawai-pegawai Majlis telah diarah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kegiatan itu,” katanya.

– Bernama

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE