Shahrizat cadang lindungi kanak-kanak daripada dipenjara

Shahrizat cadang lindungi kanak-kanak daripada dipenjara

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk meminda Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi kanak-kanak yang melakukan kesalahan ringan supaya tidak diperintahkan ke penjara.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang untuk meminda Akta Kanak-Kanak 2001 bagi melindungi kanak-kanak yang melakukan kesalahan ringan supaya tidak diperintahkan ke penjara.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sebaliknya, kanak-kanak tersebut dicadang agar menjalani Perintah Khidmat Masyarakat, satu program pemulihan yang akan dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau berkata pendekatan secara “keadilan pemulihan” iaitu pemulihan serta keinsafan dilihat bersesuaian kerana kanak-kanak yang terlibat dalam  kesalahan ringan seperti mencuri dan menjual VCD haram tidak akan mengulangi
kesalahan mereka.

“Kita tidak mahu kanak-kanak ini apabila menjalani hukuman dalam penjara atau pusat tahanan, mereka akan terus duduk dalam persekitaran yang lebih mempengaruhi mereka untuk mengulangi kesalahan yang lebih besar,” katanya kepada
pemberita di sini hari ini dan menambah akta tersebut dijangka dimuktamadkan pada penghujung Disember ini.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Beliau merasmikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Kanak-Kanak.

Shahrizat berkata satu penyelidikan yang dibuat kementerian itu sejak empat bulan lepas mendapati kebanyakan kanak-kanak tidak memahami akibat daripada melakukan kesalahan dan mereka terdorong melakukannya kerana inginkan keseronokan.

“Kanak-kanak yang bermasalah ini tidak seharusnya dihukum, program yang mendekatkan mereka dengan masyarakat dapat membantu dalam memulihkan semangat mereka,” katanya.

Justeru, katanya program Perintah Khidmat Masyarakat dapat mengelak kanak-kanak daripada mengalami sebarang tekanan perasaan dan trauma susulan daripada kesalahan yang dilakukan dahulu.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata program itu masih dalam proses penyelidikan dan perlu disusun agar lebih bersesuaian untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun yang telah melakukan kesalahan ringan.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

– Bernama