Perkhidmatan KTM laluan Kuang-Rawang kembali beroperasi

Perkhidmatan KTM laluan Kuang-Rawang kembali beroperasi

Kesemua perkhidmatan tren laluan Kuang–Rawang–Kuang yang terhalang akibat kabel milik Tenaga Nasional Berhad
(TNB) terputus dan menghalang laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM375.721 sejak awal pagi ini, kini pulih.

Menurut kenyataan KTMB hari ini operasi perkhidmatan tren kembali beroperasi seperti biasa mulai pukul 10.30 pagi ini.

Beberapa perkhidmatan bas perantaraan yang dijadualkan pagi ini untuk mengangkut penumpang KTM Komuter, KTM Intercity dan Electric Train Service (ETS) yang terkandas ekoran insiden itu telah ditarik balik.

KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

See also  Penang LRT project gains momentum, CM urges support

– Bernama