Gangguan bekalan air di Wilayah Klang dan Shah Alam

Gangguan bekalan air di Wilayah Klang dan Shah Alam

“Kawasan terlibat di seluruh Taman Sentosa termasuk seluruh Jalan Raja Nong dan seluruh Jalan Sungai Jati mulai 8 Ogos ini,” kata Abdul Halem menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual akibat kerja menaiktaraf sistem bekalan air oleh pihak kontraktor.

Pengarah eksekutif, hal ehwal korporat, Abdul Halem Mat Som berkata tarikh dan masa gangguan bekalan air bermula 8 Ogos (Isnin) dan berakhir 9 Ogos (Selasa) dari jam 10 malam hingga 4 pagi.

Menurutnya antara sebab gangguan berpunca daripada kerja-kerja penggantian injap sesekat bersaiz ‘300MM’ di Taman Sentosa, Klang.

“Kawasan terlibat di seluruh Taman Sentosa termasuk seluruh Jalan Raja Nong dan seluruh Jalan Sungai Jati,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Sehubungan itu, Abdul Halem menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat supaya bersabar,” ujarnya.