Pembentukan Kinabalu Eco-Linc dijangka tambah baik pengetahuan ekologi Sabah

Pembentukan Kinabalu Eco-Linc dijangka tambah baik pengetahuan ekologi Sabah

Rancangan Taman-Taman Sabah untuk mewujudkan kawasan pemuliharaan komuniti atau Community Conservation Areas (CCAs) antara Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker akan memberi kesan yang besar kepada negeri ini.

Rancangan Taman-Taman Sabah untuk mewujudkan penghubung ekologi  antara Taman Kinabalu dan Taman Banjaran Crocker tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia akan memberi kesan yang besar kepada negeri ini. Malah ia akan menambah baik keadaan ekologi di kawasan hutan di antaranya yang telah terpisah dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari titik terdekat  kedua-dua taman ini.

CCAsKawasan penghubung antara kedua-dua Taman Negara  ini akan dikenali sebagai Kinabalu Eco-Linc atau lebih dikenali sebagai Penghubung Ekologi Kinabalu.

Kawasan penghubung ini melibatkan kira-kira 11,000 penduduk yang tinggal di lebih 20 kawasan penempatan di antara dua taman ini. Antara kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Bundu Tuhan, Kampung Kiau Nuluh, Kampung Kiau Taburi, Kampung Terolobou-Ratau, Kampung Lokos, Kampung Toboh-Tinatasan, Kampung Kotunuan, Kampung Nuluhon-Kimolou-Wasai, Kampung Toboh Pahu serta Kampung Tiong.

Pewujudan kawasan pemuliharaan komuniti atau Community  Conservation Areas (CCAs) di antara dua taman ini adalah salah satu strategi yang baik dalam menjamin kejayaan pembentukan Kinabalu Eco-Linc ini.

See also  Malaysians overwhelmingly support end to single-use plastics

Dr. G. Balamurugan daripada ERE Consulting Group menjelaskan mengenai perkara ini ketika Seminar Stakeholder Terakhir bahawa Kinabalu Eco-Linc ini akan memperbaiki lagi perhubungan ekologi di antara dua Taman Negara dari segi haibitat, komuniti dan proses genetik flora dan fauna yang terdapat  diantaranya.
“Kinabalu Eco-Linc ini juga akan dibentuk untuk memperkuasakan peranan penduduk tempatan di kawasan yang terlibat dengan penghubung ini dalam mengurus sendiri alam semulajadi di kawasan kampung masing-masing,” tambah beliau.

Beliau juga menyatakan rasa bangga dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam kajian pembentukan Kinabalu Eco-Linc selama 15 bulan ini sejak  tahun lepas. Dengan kerjasama antara komuniti dan pihak pengkaji yang dilantik oleh pakar perunding, ERE Consulting Group ini maka dapat disimpulkan bahawa Kinabalu Eco-Linc ini memang akan dilaksanakan tidak lama lagi dan akan mencapai satu lagi kejayaan besar dalam pemuliharaan biodiversity khususnya di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun menegaskan  bahawa pembentukan Eco-Linc ini harus diterima oleh semua sebagai salah satu langkah atau inisiatif untuk memulihara biodiversity dan akan memberi kuasa kepada penduduk kampung di kawasan yang terlibat untuk menjaga hutan mereka sendiri  berpandukan pengurusan yang sesuai. Beliau berkata demikian  semasa melancarkan Seminar Stakeholder Terakhir untuk kajian pembentukan Kinabalu Eco-Linc yang diadakan di Hotel Promenande Kota Kinabalu pada Khamis.

See also  Coway and EcoKnights join forces for a greener future

“ Penghubung ekologi ini memberi banyak manfaat kepada penduduk yang terlibat dari segi sumber alam sekitar dan pihak yang paling layak untuk menjaga atau mengurus penghubung ini adalah penduduk kampung sendiri. Kerajaan lebih suka jika inisiatif ini tidak melibatkan sebarang pewartaan hutan simpan yang baru kerana kita mahu melihat ini sebagai usaha bersama antara kerajaan dan penduduk kampung itu sendiri, “ katanya.

“ Penghubung ini akan hanya melibatkan sebuah rabung yang masih dilitupi oleh hutan asli tetapi terletak di kawasan rezab kampung (rezab hak adat anak negeri),” tambah beliau.

Remy Alfie Awang