Persefahaman projek pengurusan sisa pepejal dimeterai

Persefahaman projek pengurusan sisa pepejal dimeterai

Dua syarikat tempatan, YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. dan ISRO Group semalam telah mementerai satu perjanjian persefahaman dalam pengurusan sisa pepajal bagi kawasan Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Usahasama termeterai antara ISRO Group dan YCB Renewable

Dua syarikat tempatan, YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. dan ISRO Group semalam telah mementerai satu perjanjian persefahaman dalam pengurusan sisa pepajal bagi kawasan Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Matlamat utama perjanjian persefahaman ini adalah untuk mengurus, menyelenggara dan membantu pihak berkuasa tempatan mengendali sisa pepejal di kawasan terbabit melalui program kitar semula dengan teknologi ‘Stabilat’ yang diperolehi dari Jerman.

Menurut  Yaakop Daut, tujuan utama program pengurusan sisa pepejal ini adalah bagi membantu kerajaan menangani masalah peningkatan sisa pepejal yang semakin serius ketika ini melalui teknologi ‘stabilat’, di mana sampah dapat dikitar semula dan membantu menjana tenaga secara keseluruhan.

“Pemilihan ISRO Group melalui Isli Sdn. Bhd. selaku Konsultant tunggal bagi kawasan Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei adalah merupakan pemilihan yang tepat kerana mempunyai pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keseluruhan geologikal di kawasan Borneo ini,” ujar Encik Yaakop selaku Ketua Pegawai Eksekutif YCB Renewable Energy.

See also  ISI unveils initiatives to propel Malaysian businesses

Beliau juga menyatakan bahawa kerjasama ini telah diperkukuhkan dengan tertubuhnya YCB ISRO Energy Sdn. Bhd. yang akan mengawal selia secara tunggal segala perpindahan teknologi dari Jerman kelak bagi kawasan Borneo.

Perjanjian persefahaman kedua buah syarikat ini telah dimeterai secara bersama oleh Datuk Hj. Isli Siput, Pengerusi Eksekutif ISRO Group dan YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yaakob Daut di salah sebuah restoran terkemuka di Labuan.

Pihak kerajaan juga memberikan penghargaan kepada YCB Renewable kerana berminat membantu menangani masalah alam sekitar yang bukan sahaja memberi impak kepada alam malahan kepada kehidupan sejagat.

Ridzuan