Bazar istimewa sempena Ramadan di Ipoh

Bazar istimewa sempena Ramadan di Ipoh

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menawarkan sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini di bandar raya Ipoh selain daripada bazar-bazar biasa.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menawarkan sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini di bandar raya Ipoh selain daripada bazar-bazar biasa.

Datuk Bandar Roshidi Hashim berkata “Bazar Istimewa” yang menyediakan 96 petak perniagaan itu adalah kawasan perniagaan alternatif kepada tapak perniagaan popular Gerbang Malam yang tereltak di Jalan Orbourne.

Beliau berkata tapak baru di sepanjang jalan susur antara Bangunan MBI dan Taman Bougainvilla itu merupakan alternatif kepada tapak tambahan di Gerbang Malam yang dimansuhkan pada bulan Ramadan tahun ini.

“Kita terpaksa membatalkan tapak tambahan di Gerbang Malam disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Banyak aduan yang diterima dari orang ramai sepanjang tahun lalu.

See also  AEON distributes 30,000 packs of bubur lambuk for Ramadan

Bazar ini akan beroperasi selama sebulan sepanjang Ramadan dan MBI tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roshidi berkata kadar caj bagi tapak bazar istimewa itu ditetapkan sebanyak RM100 dan pihak majlis tidak menyediakan sebarang khemah atau kanopi kepada peniaga.

Katanya pembatalan bayaran lesen yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi lesen bazar Ramadan dan tidak membabitkan lesen bagi bazar istimewa itu.

Semalam, Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pemansuhan bayaran lesen bazar Ramadan kepada kesemua peniaga di negeri ini.

Roshidi berkata berbeza dengan bazar Ramadan yang membabitkan jualan makanan, peniaga di bazar istimewa itu adalah bagi para peniaga yang menjual pakaian, songkok dan aksesori.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Orang ramai yang ingin memohon lesen diminta mengambil borang di Bahagian Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran bermula hari ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai.

– Bernama