Mohmad Salleh mula tugas Ketua Polis Kuala Lumpur

Mohmad Salleh mula tugas Ketua Polis Kuala Lumpur

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohmad Salleh hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru.

Mohmad SallehPesuruhjaya Polis Sarawak Mohmad Salleh hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru.

Mohmad 52, mengambil alih tugas itu daripada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh pada satu majlis serah tugas di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Mohmad berkata beliau berharap dapat terus mengurangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur seiring dengan kejayaan yang telah dicapai sebelum ini.

“Saya telah dimaklumkan bahawa dalam usaha-usaha pembanterasan jenayah, tugas saya telah dipermudahkan dengan kejayaan kontinjen Polis Kuala Lumpur di bawah kepimpinan bekas Ketua Polis Kuala Lumpur sebelum ini iaitu
Zulkifli Abdullah serta Amar Singh.

“Di bawah kepimpinan kedua-dua mereka kadar jenayah telah berjaya diturunkan sebanyak 10.6 peratus (1,551 kes) bagi enam bulan pertama (Januari hingga Jun 2011) berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Mohmad berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di Kuala Lumpur.

Majlis serah tugas itu juga disaksikan oelh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Salleh Mat Rashid.

Sementara itu majlis serah tugas juga diadakan antara pemangku pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) cawangan Kuala Lumpur Datin Zuraidah Hashim dan Datin Salasiah Bidin, yang kini pengerusi Perkep yang baru.

– Bernama