Skuad penuh Chelsea akan hadapi pasukan Olimpik Malaysia, esok!

Skuad penuh Chelsea akan hadapi pasukan Olimpik Malaysia, esok!

Kelab ternama Liga Premier Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil Khamis ini.

Kelab ternama Liga Premier Inggeris (EPL), Chelsea akan menurunkan semua pemainnya dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil Khamis ini.

Pengurus Chelsea Andres Villas-Boas berjanji setiap pemainnya akan berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing di padang.

“Saya akan gunakan pemain berlainan dalam perlawanan 90 minit itu… ini adalah persiapan untuk mengesan kombinasi terbaik pemain,” kata Villas-Boas kepada pemberita semalam.

Ditanya mengenai pembentukan timnya untuk berdepan dengan skuad Olimpik Malaysia yang dilatih oleh Ong Kim Swee, Villas-Boas berkata beliau akan menggunakan perlawanan itu untuk menilai fleksibiliti di kalangan pemain.

Sementara itu, pemain utama pasukan Biru itu, pemain tengah Frank Lampard berkata kesemua pemain begitu teruja menjalani latihan di bawah pengurus baru dan muda.

See also  Penang Island Paddlerz Club opens door to dragon boating

“Kami telah bersama selama 10 hari. Kami berlatih dengan stail dan strategi baru. Setiap orang dalam tim menunjukkan reaksi baik,” kata Lampard.

Beliau berkata di bawah bimbingan Villas-Boas, mereka perlu berlatih mengikut strategi rentak pantas yang menepati strategi tim.

Senarai Skuad Chelsea

1. Henrique Hilario GK
2. Jamal Blackman
3. Nathaniel Chalobah
4. Patrick Van Aanholt
5. Slobodan Rajkovic
6. Petr Cech GK
7. John Obi Mikel
8. Daniel Sturridge
9. Ryan Bertrand
10. Joshua McEachran
11. Alex
12. Yuri Zhirkov
13. Ross Turnbull GK
14. Salomon Kalou
15. Branislav Ivanovic
16. John Terry
17. Frank Lampard
18. Ashley Cole
19. Paulo Ferriera
20. Jose Bosingwa
21. Yossi Benayoun
22. Fernando Torres
23. Nicolas Anelka
24. Florent Malouda
25. Didier Drogba
26. Billy Clifford

See also  Former karate champ R. Sharmendran leads national squad

— Bernama