Kaunter bergerak tawar kompaun khas RM20

Kaunter bergerak tawar kompaun khas RM20

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan kaunter bergerak untuk Kempen Tawaran Khas RM 20 Bayaran Kompaun Kesalahan Letak Kereta mulai 1 Julai ini.

Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan kaunter bergerak untuk Kempen Tawaran Khas RM 20 Bayaran Kompaun Kesalahan Letak Kereta mulai 1 Julai ini.

Pemangku YDP MPK, Ikhsan Mukri berkata individu yang berkenaan dinasihatkan untuk mengambil peluang itu bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas kelak.

Menurutnya dengan kemudahan yang disediakan dan potongan khas ke atas kompaun- kompaun yang dikeluarkan ia akan memudahkan individu terlibat menjelaskan mengikut waktu yang ditetapkan.

“Orang ramai yang menjelaskan kompaun mereka sehingga 31 Julai ini layak menikmati diskaun khas yang disediakan.

‘‘Malah kewujudan kaunter bergerak termasuk di Lobi MPK ini juga membolehkan mereka untuk menyemak status kompaun atau menjelaskan denda berkenaan,” katanya.

Menurutnya kempen yang diadakan itu berbentuk kesedaran dan pada masa yang sama menggalakkan orang ramai untuk menjelaskan kompaun mereka dengan kadar potongan istimewa sebelum mereka dikenakan tindakan mahkamah.

Beliau berkata pendekatan mesra rakyat oleh majlis itu adalah untuk memberi peluang kepada mereka bagi mengelakkan masalah kelak sebelum proses perundangan kelak.