Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpindah ke Putrajaya

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berpindah ke Putrajaya

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berpindah ke Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya secara berperingkat mulai hari ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berpindah ke Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya secara berperingkat mulai hari ini.

Kementerian itu akan beroperasi sepenuhnya di Putrajaya pada 1 September, demikian menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

Alamat baru kementerian ialah NO: 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya dan talian baru 03-88915000.

Perpindahan itu melibatkan Jabatan Perumahan Negara, Jabatan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Turut berpindah Tribunal Pembeli Rumah dan Bahagian Pemberi Pinjaman Wang dan Pajak Gadai.

Orang ramai yang mempunyai urusan dengan mana-mana jabatan di kementerian itu, bagaimanapun masih boleh berurusan di Pusat Bandar Damansara sebelum kementerian beroperasi sepenuhnya di tempat baru.

– Bernama