Petua Kesihatan: Kenapa ambil jalan mudah dengan rawat sendiri?

Petua Kesihatan: Kenapa ambil jalan mudah dengan rawat sendiri?

Mengapa segelintir daripada anggota masyarakat masih gemar mengambil jalan singkat dengan merawat dan mengubat
sendiri masalah kesihatan yang mereka alami?

Mengapa segelintir daripada anggota masyarakat masih gemar mengambil jalan singkat dengan merawat dan mengubat
sendiri masalah kesihatan yang mereka alami?

Menurut aktivis sosial Gurmukh Singh, penggunaan masa mempengaruhi perjalanan kehidupan masyarakat. Begitu juga kesuntukan masa menentukan bagaimana cara sekelompok dalam kalangan kita menangani masalah kesihatan.

“Ramai daripada kita, bila berhadapan sakit biasa seperti sakit badan dan demam akan dengan mudahnya mengambil ubat dan merawat masalah itu sendiri tanpa perlu berjumpa doktor,” kata beliau.

Katanya bagi mereka yang berpegang kepada prinsip mengambil ubat secara sendiri, mereka akan menganggap mudah bila mereka sakit dan tidak merasakan ia sesuatu yang serius yang memerlukan mereka berjumpa doktor.

“Ada beberapa sebab kenapa mereka bersikap sebegini. Mereka mungkin mengambil sikap tidak kisah atau memang tidak mempunyai masa,” kata beliau sambil menambah mereka yang terlibat mungkin tinggal jauh dari klinik/hospital.

Dan bagi sesetengah mereka ini juga, kos membeli ubat sendiri adalah lebih murah daripada berjumpa doktor selain tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mengambil ubat di dispensari.

Kenapa perlu berjumba doctor?

Menurut Gurmukh Singh, ada pesakit yang berlagak bijak dan menganggap jika mereka mempunyai preskripsi doktor, mereka boleh menggunakan preskripsi itu berulang kali. Oleh itu mereka berfikiran kenapa perlu jumpa doktor bagi kes
yang serupa.

Eksekutif pemasaran agensi pengiklanan Junaidah Adam berkata: “Setelah bertahun-tahun berjumpa doktor bila mengalami demam, kini setiap kali saya kena demam viral, saya akan mengambil ubat sendiri bagi merawat sakit tekak, sakit kepala serta masalah kesihatan kecil yang lain.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

“Sehingga kini, saya tidak mengalami sakit yang berat-berat dan saya ambil langkah pencegahan seperti terus makan ubat bila ada tanda-tanda hendnak demam.

Pada hari saya terlupa bawa baju sejuk dan rasa mula hendak demam, saya terus ambil ubat,” kata beliau.

Menurut Junaidah, beliau sebenarnya tidak punya masa mengunjungi doktor  dan lawatan ke klinik akan mengganggu jadual harian kerjanya. Jika saya dah tahu ubat apa yang doktor nak berikan, buat apa saya pergi jumpa dia”.

Preskripsi lama

Pengamal perubatan Dr Muhd Hisyam Abdullah berkata ada pesakit yang tidak gemar menunggu untuk berjumpa doktor, lebih-lebih lagi bila terdapat ramai orang sedang menunggu di klinik.

Bagi mereka yang menganggap ini hanya membuang masa, mereka akan menggunakan preskripsi ubat yang lama. Tetapi lain ubat, lain pula kegunaannya.

“Menurut hipotesis mengubat secara sendiri (SMH), pilihan ubat oleh individu bukanlah sesuatu yang tidak sengaja. Ia berdasarkan situasi psikologi indivdu itu  kerana ubat yang dipilih telah berjaya melegakan masalah sakit yang
dihadapinya. Oleh itu berubat secara sendiri biasanya melibatkan ubat yang senang didapati.

Kata beliau, satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak dua billion dollar dibelanjakan setiap tahun bagi kaedah berubat secara sendiri. Bagaimanapun boleh dipersoal sama cara itu lebih mendatangkan kebaikan
atau kemudaratan.

See also  Alpro Pharmacy & TCI Gene partner for genetic testing

Berubat sendiri boleh mendatangkan keracunan, alergi, sikap suka mengulang, ketagihan serta kemudaratan yang lain. Kaedah ini juga melewatkan rawatan yang sepatutnya bagi penyakit itu.

Menurut Dr Muhd Hisyam lagi, ubat yang kerap disalahguna bagi rawatan sendiri adalah ubat analgesik (tahan sakit). begitu juga ubat batuk, ubat anti-alergi, ubat lawas perut, vitamin , tonik dan juga antasid yang boleh mendatangkan kesan sampingan. Penggunaan berlebihan vitamin seperti vitamin larutlemak A,D,E, & K juga boleh mendatangkan masalah.

“Berubat sendiri bagi satu atau dua hari mungkin tidak mendatangkan bahaya tetapi jika tanda dan gejalanya masih ada, maka perlulah berjumpa doktor. Ia juga bagi membina hubungan doktor dan pesakit,” kata Dr Muhd Hisyam.

Tetapi terdapat juga situasi di mana mereka yang memilih untuk berubat sendiri pula memberi cadangan ubat yang perlu dimakan kepada orang lain.

Bagi mereka ini, Dr Muhd Hisyam memberikan nasihat: “Elakan daripada memberi preskripsi ubat anda pada orang lain.

Preskripsi dikeluarkan khas untuk pesakit tertentu sahaja dan hanya mungkin sesuai untuk orang itu. Ubat itu mungkin tidak sesuai dan memudaratkan bagi orang lain”.

– Bernama