Pelajar Malaysia sertai koir kanak-kanak sedunia di Vienna

Pelajar Malaysia sertai koir kanak-kanak sedunia di Vienna

Amat bertuah bagi 37 anak Malaysia bakal mewakili negara untuk menyertai Festival World Peace Choral (WPC) 2011, festival koir kanak-kanak sedunia, di Vienna, Austria mulai 25 sehingga 28 Julai ini.

Amat bertuah bagi 37 anak Malaysia bakal mewakili negara untuk menyertai Festival World Peace Choral (WPC) 2011, festival koir kanak-kanak sedunia, di Vienna, Austria mulai 25 sehingga 28 Julai ini.

Mereka yang berumur antara tujuh dan 12 tahun dipilih daripada 150 orang kanak-kanak yang diuji bakat oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN) untuk menyertai kumpulan Permata Seni Koir.

Tiga rakan karib Dhanya Ashley, Izabelly Merican dan Abbygail Ong Yuen Mun, kesemuanya berusia 11 tahun, dari Sekolah Rendah Convent 1 Bukit Nanas, sangat teruja kerana sama-sama terpilih untuk ke Vienna.

“Kami adalah kawan baik dari satu sekolah, kami sangat gembira, teruja, dan tidak pernah menyangka dapat ke Austria,” kata Dhanya selepas mengadakan latihan terakhir semalam.

See also  APU welcomes Fulbright Scholar Dr. Kelly McKenna

Roshini Kasinathan, 11, dari Sapura Smart School gembira konduktor koir tersebut, Syafinaz Selamat membimbing kumpulan itu dengan sungguh berdedikasi ke arah mewujudkan sebuah koir bertaraf antarabangsa.

“Cik Shafinaz, banyak mengajar kami dan sangat garang tetapi beliau beri inspirasi kepada saya untuk menjadi penyanyi yang terkemuka” kata Roshini.

“Kami akan buat yang terbaik, dan akan menjaga diri ketika di sana. Walaupun kami akan berjauhan dengan keluarga, saya akan ingat nasihat ibu bapa saya untuk berkelakuan baik dan saya akan gembira bersama-sama dengan dengan kawan-kawan saya,” kata Taty Tatyerna Thasunamoorthy, 12.

Adik Wani Mazli, 10, pula berkata beliau mendapat pujian dan hadiah daripada rakan-rakan dan guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan apabila mendapat tahu bahawa beliau dipilih ke Austria.

See also  Penang set to host 'Leela Jhansi': A poignant exploration of child marriage

“Mereka memberi sokongan kepada saya. Guru saya memberikan hadiah pemegang kunci manakala rakan saya beri bunga dan saya sangat gembira,” katanya.

– Bernama