Indeks jenayah Tawau turun 35 peratus

Indeks jenayah Tawau turun 35 peratus

Indeks jenayah keseluruhan di Tawau turun 35.38 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin.

Indeks jenayah keseluruhan di Tawau turun 35.38 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin.

Katanya dari Januari hingga semalam, jumlah kes jenayah yang dilaporkan di Tawau ialah 389 kes berbanding 601 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Jumlah kes jenayah jalanan seperti samun tanpa senjata, samun berkumpulan dan ragut dalam tempoh enam  bulan pertama tahun ini pula ialah 33 kes berbanding 76 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan  majlis serah tugas Ketua Sisatan Jenayah Daerah Tawau, DSP Saches @ Sasis AK Semol, yang bertukar ke Limbang,  Sarawak sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah.

Jawatan Saches kini dipangku ASP Ridzuan Khalid.

Menurut Ibrahim kejayaan pihak polis menurunkan indeks jenayah di Tawau adalah hasil usaha dan kerjasama semua pihak dalam menjaga ketenteraman awam di Tawau.

– Bernama