30 kakitangan MPK hadiri kursus pengurusan tatatertib

30 kakitangan MPK hadiri kursus pengurusan tatatertib

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata isu berkaitan disiplin di kalangan kakitangan adalah perkara yang perlu ditangani secara bijak dalam setiap organisasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seramai 30 terdiri daripada pengarah dan pegawai Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengikuti kursus pengurusan tatatertib yang diadakan di Nilai Springs Resort Hotel baru-baru ini.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata isu berkaitan disiplin di kalangan kakitangan adalah perkara yang perlu ditangani secara bijak dalam setiap organisasi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, menurutnya jabatan serta pihaknya akan sentiasa memberi perhatian terhadap perkara itu.

“Kursus yang diadakan itu secara tidak langsung memberikan pemahaman konsep tatatertib untuk kakitangan kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap kursus yang diadakan ini mencapai matlamat sepenuhnya dengan pengurusan tatatertib yang disampaikan oleh penceramah undangan.

See also  ICAEW bridges the gap: Boosting Bumiputera accountants

“Malah ia juga memberi kefahaman yang jelas terutama dalam menerapkan sifat ‘adil dan saksama’ dalam pengendalian tatatertib ketika berdepan dengan kes yang berkenaan,” katanya.

Ikhsan berkata, kursus yang diadakan juga secara tidak langsung membolehkan peserta mengaplikasikan konsep pengurusan undang-undang dalam tatatertib secara professional kelak.

“Majlis sememangnya mengambil serius setiap kes berkaitan disiplin dan ia perlu dikendalikan dengan betul serta teratur bagi membolehkan konsep kesaksamaan digunapakai di situ,” ujarnya lagi.