Kenyataan: Arahan penutupan jalan oleh PDRM

Kenyataan: Arahan penutupan jalan oleh PDRM

Berikutan daripada arahan penutupan beberapa jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada Sabtu ini, SPAD telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan bas-bas ekspres tidak terganggu seperti berikut:

Kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

Berikutan daripada arahan penutupan beberapa jalan masuk kepada semua kenderaan awam dan persendirian ke pusat bandar Kuala Lumpur oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada Sabtu 9hb julai 2011 jam 12.01 pagi hingga 10.00 malam, SPAD telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan bas-bas ekspres tidak terganggu seperti berikut:

1)   Operasi bas di terminal Puduraya (kecuali laluan Kuala Lumpur – Seremban) dan terminal pekeliling, dipindahkan sementara ke hentian duta;

2)   Operasi bas di terminal hentian Putra dan laluan Kuala Lumpur – Seremban yang beroperasi di terminal Puduraya, dipindahkan  sementara ke Terminal Bersepadu Selatan.

See also  Penang LRT project gains momentum, CM urges support

Untuk perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur, hentian terakhir adalah seperti berikut:

1)   Stesen LRT / monorel Titiwangsa – untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta;

2)   Stesen Dato Keramat – untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;

3)   Stesen LRT Maluri – untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;

4)   Stesen monorel KL Sentral – untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan;

5)   Stesen monorel KL Sentral – untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara.

See also  Firefly to move Bangkok flights to Suvarnabhumi Airport

SPAD juga meminta pengusaha bas dan teksi supaya memaklumkan kepada penumpang mengenai perkara ini.