Pasukan polis UTK serbu taska, lelaki ditembak mati, semua tebusan selamat

Seorang lelaki, yang cedera ditembak polis semasa menjadikan 30 kanak-kanak dan empat guru sebagai tebusan di Taman Asuhan Serikids, Taman Cemerlang Sungai Abong, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 9.15 malam ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Jalaluddin Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Polis Johor Jalaluddin Abdul Rahman berkata semua kanak-kanak yang berusia antara tiga dan lima tahun serta guru terbabit selamat dalam kejadian pukul 3.45 petang itu.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah di sini untuk pemeriksaan lanjut, katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Terdahulu, sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha membebaskan tebusan menemui jalan buntu.

Wartawan yang berada di lokasi kejadian turut mendengar bunyi tembakan dilepaskan.

Drama tebusan itu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi apabila seorang lelaki bersenjatakan tukul dan parang menceroboh pusat asuhan tersebut.

– Bernama

Update POLIS-TEBUSAN
POLIS SERBU TASKA, NASIB TEBUSAN BELUM DIKETAHUI 

MUAR, 7 Julai (Bernama) — Sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit
Aman bertindak menyerbu pusat asuhan kanak-kanak yang menjadi tempat seorang
lelaki menahan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru kira-kira 3.45 petang
ini.
Wartawan Bernama yang berada di lokasi turut mendengar bunyi tembakan, namun
sehingga pukul 4.20 petang ini nasib lelaki tersebut dan mereka yang menjadi
tebusan belum diketahui.
Bagaimanapun wartawan Bernama dapat mendengar suara nyanyian kanak-kanak
dari dalam rumah banglo dua tingkat itu.
Drama tebusan itu bermula pukul 9.30 pagi tadi apabila seorang lelaki
dipercayai kurang siuman yang bersenjatakan parang dan tukul menceroboh ke pusat
asuhan Serikids di Taman Sungai Abong, Jalan Sakeh di sini.
— BERNAMA
SO FJM NM