‘Roadshow’ untuk terjemah ETP agar lebih difahami

‘Roadshow’ untuk terjemah ETP agar lebih difahami

Kerajaan akan mengadakan ‘roadshow’ di peringkat negeri meliputi zon tertentu bagi menterjemah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam cara dan bentuk lebih mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan akan mengadakan ‘roadshow’ di peringkat negeri meliputi zon tertentu bagi menterjemah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam cara dan bentuk lebih mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kabinet memutuskan untuk membawa “rencana” besar negara seperti program pembangunan ekonomi yang telah dan bakal diumumkan menerusi ETP itu ke setiap negeri.

“Kita akan terjemahkan kepada pemimpin masyarakat termasuk ketua kampung dan penghulu.

“Apa yang penting, apabila program besar ini digerakkan, ia akan terus dilaksanakan dengan sasaran untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, tetapi jika ia tidak difahami, rakyat di bawah atau pengundi tidak akan
dapat membuat penilaian sewajarnya,” katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Kelab Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Malaysia malam ini.

ETP dipacu 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menumpu kepada pelbagai industri dengan 131 inisiatif projek permulaan (EPP) digariskan kerajaan dalam usaha mengubah ekonomi negara.

Muhyiddin berkata rakyat perlu diberitahu dan difahamkan bahawa kesan inisiatif di bawah ETP akan dinikmati semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata walaupun 12 sektor sudah dikenal pasti sebagai NKEA, namun sektor lain tidak diabaikan.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional itu juga berkata pencapaian besar sudah berlaku selepas setahun ETP dilancarkan.

“Rakyat biasa mungkin tidak dapat melihat kerana awal-awal begini mungkin tidak nampak jelas di hadapan mereka.

“Tetapi mereka perlu diberitahu setiap perkara yang kita sudah kenal pasti. Kita menentukan secara terperinci bidang yang ingin kita bangunkan, projek yang hendak kita laksanakan, siapa yang akan melakukannya, berapa pelaburan yang
disediakan, siapa yang akan bawa pelaburan tempatan dan asing, bila mahu mulakan, bila akan siap, untuk faedah siapa, dan apa hasilnya,” katanya.

– Bernama