RM15.27 juta diperuntuk untuk projek keagamaan di Kedah

RM15.27 juta diperuntuk untuk projek keagamaan di Kedah

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM15.27 juta bagi melaksanakan projek-projek keagamaan di Kedah pada tahun ini.

Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM15.27 juta bagi melaksanakan projek-projek keagamaan di Kedah pada tahun ini.

Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Ahmad Nasir Khosri berkata ia melibatkan 63 projek dengan 27 daripadanya telah siap dilaksanakan, 12 dalam proses tender/sebut harga, dua ditangguh disebabkan masalah tapak, 21 projek dalam pembinaan dan satu projek serahkan tapak kepada kontraktor hari ini.

“Pada tahun 2010, kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan bagi projek-projek keagamaan negeri Kedah berjumlah RM3.89 juta dengan bilangan projek 49 kesemuanya.

“Daripada jumlah itu 47 telah siap dan berbaki dua projek iaitu satu projek dalam proses tender dan satu projek lagi serah tapak kepada kontraktor pada 28 Jun lepas,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Tender Projek Membina Bangunan Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Latt Shariman Abdullah. Projek itu ditender secara terbuka dan kontraktor yang berjaya ialah PLMS Trading Sdn Bhd dengan nilai kontrak hampir RM1.4 juta.

Pembinaan masjid itu dijangka siap pada 25 Jun 2012. Masjid yang dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah itu direkabentuk dengan keluasan 892.87 meter persegi dan dapat menampung jemaah seramai 1,000 orang.

– Bernama